Wednesday 10 August 2011

My Story by KJ

"The Star, August 2006 - USM vice chancellor (Tan Sri) Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak said the two best friends told a “good story of race relations. “Special people are not paid enough attention and we don’t see them often enough in mainstream events, but Chin Chin changed all that as I see her everywhere because she is so active…"

KJ & Chin2 (center)

Menjadi pelajar pada usia yang “lewat”, sebenarnya banyak membuka mata saya tentang pentingnya “sijil” melebihi ilmu yang diperolehi. Mungkin atas kekangan ekonomi dan peluang atau takdir, saya hanya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading pada usia yang sudah hampir “senja”, tetapi satu pengalaman yang penuh dengan kenangan manis dan amat berharga.

Saya mungkin agak berbeza dengan pelajar “matang” yang lain, yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi untuk tujuan-tujuan tertentu, contohnya untuk kenaikan pangkat atau mendapat pekerjaan yang lebih baik atau untuk mengisi masa lapang selepas bersara. Bagi saya, kehidupan saya agak berbeza, saya sudah mula berkerjaya sejak usia 19 tahun, dan bermula dari situ saya mula melangkah kehidupan kerjaya saya sejauh yang saya mampu, dan tidak pernah terlintas di fikiran saya akan berada di universiti akhirnya. 

Tujuan saya melanjutkan pelajaran lebih untuk merasa “umpph”, menjadi pelajar universiti yang sering saya dengar dan baca dari rakan-rakan dan kisah2 di media massa.  Pun, bukan semua kisah yang didengar dan dibaca menjadi kenyataan, hanya sebahagiannya, atau lebih tepat bagaimana kita menggunakan peluang yang ada.

Hari pertama menghadiri kuliah dengan jumlah pelajar seramai hampir 600 orang, adalah kejutan bagi saya.  Berada dalam kelompok pelajar yang rata-rata berusia antara 21-23 tahun, membuat saya merasa diri terlalu tua untuk belajar.  Maka pada awalnya, saya telah membuat akujanji pada diri sendiri untuk hanya datang kuliah dan selebihnya, meneruskan kehidupan saya seperti biasa, sebagai seorang “pekerja” dan ibu.  Tetapi hari ketiga, telah mengubah semua akujanji saya kepada diri sendiri, apabila saya diperkenalkan dengan gadis manis bernama Tan Chin Chin, atau lebih mesra dengan panngilan Chin Chin.  Mungkin naluri “ibu” yang ada dalam diri saya, mendorong saya untuk menyahut seruan untuk membantu “chin chin” , walaupun bantuan yang boleh saya berikan tidaklah sehebat mana, hanya sebagai "SUPIR" (lanjutan dari kisah), tetapi telah memberikan pengalaman yang hebat kepada emosi dan persepsi saya sebagai seorang pelajar. 

Bersambung….


KJ



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...