Thursday 8 December 2011

Penyayang Walimatulurus - Jemputan

Assalamualaikum W.B.T 

Iman Nur Aima disini bagi pihak Saparno bin Masdal & Amirah binti Mahmood dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, mempersilakan 

Yang berbahagia Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik

suami isteri dan keluarga untuk hadir ke majlis perkahwinan sahabat Alumni Penyayang yang disebutkan diatas. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Tempat: Dewan Kompleks Sukan Batu Uban, Pulau Pinang
Aturcara Majlis: Jamuan Makan 12 tngh - 5 ptg

Kalau tak berapa pasti dimana, boleh hubungi
Bapa pengantin perempuan: Encik Mahmood 016-4846396
atau
Alumni Penyayang: Seri Rahayu (ayu) 013-6659689
Sarinah Haris (Ryn) 012-4431372

Heeeeeee..... formal sangat lah :))

Noh dan Mira pesan dekat Iman, agar menjemput semua alumni Penyanyang untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis. 

Majis ini mungkin boleh jadi sebab untuk alumni berkumpul semula, insyaAllah :))

Pada sapa-sapa yang ingat-ingat lupa akan Noh, sila scroll kebawah.... al-maklum, ramai member-member Penyayang tapi Iman pasti, ramai lagi yang masih ingat akan Saparno@Noh@Adeq (Mantan Naib Presiden, orang kedua kuat selapas Abang Fadhil) :))

Amirah@Mira juga adalah alumni Penyayang, kiranya ini cinta Penyayang lah sebab mereka berkenalan masa Noh jaga kaunter Penyayang (can't remember in details) tapi tak lama lepas tu Mira pun join Kelab Penyayang (Sesi 2005/2006/2007).... and the rest is history :))

Undangan ke Majlis

Amirah & Saparno@Noh@Adeq


Noh dengan geng Penyayang masa outing saja-saja...heeeee

Noh dan Penyanyang masa AGM 

Noh dan Penyayang masa aktiviti di Taman Belia, Penang.....  terbaik lah masa aktiviti nieee

Ingat lagi.... Noh yang tulis and lukis kad board tu.... dia bab melukis memang berseni lah.... 

On the way ke Bangi


Haaa... inilah bakal pengantin - Saparno & Amirah

Bagi pihak Alumni Penyayang sekalian, kami mendoakan kebahagian kalian sehingga ke anak-cucu. 
Sekalung tahniah diucapkan kepada Noh dan Mira. ***

Kepada Alumni sekalian, jemput hadir dan kita jumpa di majlis nanti yer. Terima kasih.

*iman nur aima*


Sunday 4 December 2011

Alam Pekerjaan Kami


Dipetik dari: Dunia Palsi Serebrum

Terdapat banyak individu palsi serebrum yang tidak mempunyai pekerjaan dan ada yang langsung tidak berpeluang bekerja. Bagi kami yang tidak bekerja ini, kami terpaksa menghabiskan masa di rumah sepanjang hari. Situasi ini bukan sehari dua, tetapi ia berlanjutan bertahun-tahun lamanya. Hal ini memberi pelbagai impak negatif terhadap kami. Apatah lagi kami bukan saja tidak bekerja, tetapi kami juga sukar atau langsung tidak mampu keluar bersiar-siar.

Bagi kami yang bekerja pula, kebanyakan kami bekerja di bengkel terlindung yang disediakan khusus bagi OKU yang tidak berupaya mendapatkan pekerjaan di pasaran terbuka. Ada juga yang terpaksa bekerja sendiri seperti menjual barang atau loteri. Ada juga antara kami yang bekerja di badan-badan bukan kerajaan seperti Persatuan Kanak-Kanak Cerebrum Palsy. Ada juga antara kami khususnya yang mengalami tahap ketidakupayaan ringan bekerja di kilang. Terdapat juga segelintir kecil kami bekerja di sektor awam mahupun sektor swasta.

Antara cabaran bagi kami untuk bekerja termasuklah:
  • Tahap ketidakupayaan - Seperti yang anda telah ketahui, tahap ketidakupayaan kami adalah berlainan antara satu sama lain iaitu dari sangat minima hingga sangat teruk. Selain palsi serebrum, kami juga mengalami pelbagai ketidakupayaan atau masalah sampingan lain. Oleh itu, kami terutamanya yang mengalami palsi serebrum tahap teruk adalah tidak berupaya bekerja. Bagi kami yang lain, kami juga mempunyai kesukaran tertentu dalam melakukan sesuatu kerja dan ada juga kerja tertentu tidak dapat kami lakukan.

  • Tahap pendidikan - Kebanyakan kami tidak berpeluang ke sekolah biasa disebabkan ketidakupayaan fizikal dan mental, masalah kekeluargaan, masalah pengangkutan, persekitaran sekolah yang kurang mesra OKU dan sebagainya. Kami hanya mendapat pendidikan asas. Kami tidak menduduki peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Hal ini menyebabkan kami sukar mencari kerja memandangkan kebanyakan kerja memerlukan sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau peringkat yang lebih tinggi.

  • Penerimaan majikan - Banyak majikan tidak mahu menggaji kami kerana mempunyai pelbagai persepsi negatif terhadap kami apatah lagi mereka terutamanya sektor swasta mementingkan keuntungan. Mereka ragu akan keupayaan kami untuk bekerja apabila mengetahui ketidakupayaan yang kami alami.

  • Aksesibiliti - Kebanyakan kami memerlukan kemudahan OKU seperti tandas OKU, ramrailing untuk menjalani kehidupan harian. Namun pihak majikan tidak sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk menyediakan kemudahan khas ini semata-mata demi mengambil kami sebagai pekerja. Kebanyakan kami tidak berupaya bekerja di persekitaran yang tidak mesra OKU.

  • Masalah pengangkutan - Kebanyakan kami bergantung kepada seseorang untuk membawa kami berulang-alik antara rumah dengan tempat kerja.

  • Kurang keyakinan ibu bapa - Ibu bapa dan keluarga kami bimbang akan keselamatan kami ketika kami berada di luar. Mereka takut kami akan jatuh dan cedera memandangkan kami menghadapi masalah pergerakan. Mereka juga tidak yakin akan keupayaan kami untuk bekerja.

Walaubagaimanapun, kami sebenarnya berkeupayaan untuk bekerja sekiranya diberi peluang dan sokongan. Kami sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin. Hal ini terbukti apabila terdapat individu palsi serebrum yang diberi anugerah pekerja cemerlang OKU.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Palsi Serebrum Sila lawati Blog Dunia Palsi Serebrum.


Sumber: Dunia Palsi Serebrum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...