Wednesday 30 November 2011

Wednesday Inspirations



EVER TRIED. EVER FAILED. NO MATTER. TRY AGAIN. FAIL AGAIN. FAIL BETTER 
- Samuel Beckett

As a young man, Abraham Lincoln went to war a captain and returned a private. Afterwards, he was a failure as a businessman. As a lawyer in Springfield, he was too impractical and temperamental to be a success. He turned to politics and was defeated in his first try for the legislature, again defeated in his first attempt to be nominated for congress, defeated in his application to be commissioner of the General Land Office, defeated in the senatorial election of 1854, defeated in his efforts for the vice-presidency in 1856, and defeated in the senatorial election of 1858. At about that time, he wrote in a letter to a friend, "I am now the most miserable man living. If what I feel were equally distributed to the whole human family, there would not be one cheerful face on the earth."

Winston Churchill failed sixth grade. He was subsequently defeated in every election for public office until he became Prime Minister at the age of 62. He later wrote, "Never give in, never give in, never, never, never, never - in nothing, great or small, large or petty - never give in except to convictions of honor and good sense. Never, Never, Never, Never give up." (his capitals, mind you)

Socrates was called "an immoral corrupter of youth" and continued to corrupt even after a sentence of death was imposed on him. He drank the hemlock and died corrupting.

Sigmund Freud was booed from the podium when he first presented his ideas to the scientific community of Europe. He returned to his office and kept on writing.

Robert Sternberg received a C in his first college introductory-psychology class. His teacher commented that "there was a famous Sternberg in psychology and it was obvious there would not be another." Three years later Sternberg graduated with honors from Stanford University with exceptional distinction in psychology, summa cum laude, and Phi Beta Kappa. In 2002, he became President of the American Psychological Association.

Charles Darwin gave up a medical career and was told by his father, "You care for nothing but shooting, dogs and rat catching." In his autobiography, Darwin wrote, "I was considered by all my masters and my father, a very ordinary boy, rather below the common standard of intellect." Clearly, he evolved.

Thomas Edison's teachers said he was "too stupid to learn anything." He was fired from his first two jobs for being "non-productive." As an inventor, Edison made 1,000 unsuccessful attempts at inventing the light bulb. When a reporter asked, "How did it feel to fail 1,000 times?" Edison replied, "I didn’t fail 1,000 times. The light bulb was an invention with 1,000 steps."




*iman nur aima*



Sunday 13 November 2011

sukaneka kanak-kanak tadika..


Akitiviti:               Sukaneka Tadika Pulau pinang 
Tempat:               Sekolah Kebangsaan  Minden Height, Pulau Pinang
Tarikh:                18 September 2004
Penglibatan:        lebih kurang 40 orang ahli Kelab penyayang
   lebih kurang 300 orang  Kanak-kanak dan ibu bapa

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menambah tabung kelab dan membantu pihak yang terbabit dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu ahli KP dapat Mendekatkan diri disamping menyumbangkan tenaga untuk membantu masyarakat sekeliling

Jualan Amal yang di adakan adalah sempena Hari sukan dan Keluarga yang diadakan oleh pihak Taska/Tadika Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Taman Keluarga Murni Sdn. Bhd.  Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Masrah Abidin, isteri Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Kelab Penyayang menjalankan jualan makanan pada hari tersebut.. pelbagai makanan segera dijual khas untuk peserta & ibu bapa yang hadir.

Kanak-kanak juga kelihatan gembira menyertai acara sukan & bertanding untuk tadika masing-masing. Mereka kelihatan sangat comel dalam pakaian sukan yang beraneka warna.. Tahniah juga kepada ibu bapa yang sanggup turun padang menyokong penglibatan anak-anak dalam aktiviti sihat ini.

Pihak Kelab Penyayang USM telah mendapat sumbangan sebuah kerusi roda dan wang tunai sebanyak RM1500.00 hasil daripada Jualan Amal yang diadakan.  Ahli-ahli kelab telah bersama-sama melibatkan diri dalam pelbagai acara yang dijalankan. 

Program ini telah memberi peluang kepada ahli kelab untuk bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling dan masyarakat juga telah  mula mengenali Kelab Penyayang USM.  Program ini telah memberi kesan yang mendalam kepada semua ahli dan juga telah berjaya menambah kewangan kelab. 













< CiK WiD.... >

Jualan Konvo 2004


Aktiviti:                 Jualan amal-pesta konvo
Tarikh:                  3-8 ogos 2004
Tempat:                Tapak konvo USM


KP telah mengadakan kerjasama dengan beberapa Rumah kebajikan (Rumah Amal Chesire, St. Nicholas Home for The Blind dan Pusat Perlindungan Wanita) untuk menjalankan jualan amal.

Antara objektif aktiviti ini adalah untuk:

  1. Membantu menjual hasil kerjatangan penghuni rumah kebajikan
  2. Menambah pendapatan Kelab untuk aktiviti kemasyarakatan seterusnya.
  3. Mendedahkan ahli kelab tentang program-program keusahawanan disamping membantu golongan yang memerlukan
  4. Menggalakkan ahli menunjukkan bakat mereka menghasilkan hasil kraf tangan yang boleh dijual. 
Projek Jualan Amal Pesta Konvo ini telah berjaya membantu menjual hasil-hasil kerja tangan daripada beberapa rumah kebajikan seperti Rumah Amal Chesire, St. Nicholas Home for The Blind dan Pusat Perlindungan Wanita.  Selain daripada itu pihak Kelab juga telah berjaya memperolehi sedikit keuntungan untuk menambah tabung kelab.




~ Cik Wid ~

Berbuka Puasa bersama ahli Penang Deaf Assosiation


Aktiviti:                 Berbuka puasa bersama Penang Deaf Assosiation
Tempat:                Kompleks Masyarakat Penyayang
Tarikh:                  15 Oktober 2005

Pada malam tersebut beberapa wakil daripada KP telah dijemput untuk berbuka bersama ahli persatuan Penang Deaf Assosiation. 

Kami berkenalan dengan ketua persatuan tersebut (lelaki cina, dah tak ingat nama beliau-sila rujuk gambar-berkemeja kotak-kotak & berkaca mata) dan seorang kakak yang juga merupakan penyampai berita (Bahasa Isyarat)  RTM, sila rujuk gambar, beliau berbaju kurung merah bertudung coklat.

Setelah makan dan beramah mesra kami membeli buku bahasa Isyarat yang dijual oleh persatuan ini. Buku tersebut masih CiK WiD simpan hingga kini.. buku tersebut amat menarik. Mungkin selepas ini kita dapat berkongsi, belajar bahasa isyarat di blog ini.

Banyak ilmu baru dan pendedahan yang diberikan tentang insan bermasalah pendengaran, semoga mereka terus gigih berusaha dan memajukan diri. & semoga persatuan ini mampu membantu & member sokongan padu pada insan yang memerlukan.. Insyaallah..

Terima kasih pada Kak Asmak dan persatuan ini, kerana member peluang kepada kami untuk turut serta dan mengenali dunia anda..

Sila rujuk gambar yang dilampirkan....







Salam mesra.. ~CiK WiD~

Makan Free bersama Kak Chin


Aktiviti:                        Program Makan Free (kak Chin)
Tempat:                       Cafe Damai
Tarikh:                         kurang pasti
Jumlah peserta:            Lebih kurang 15 orang


Ekoran daripada kejayaan kak Chin menggondol anugerah dekan pada semester tersebut.. maka beliau telah bermurah hati untuk belanja makan beberapa ahli KP yang terdekat.

Niat murni kak Chin itu akhirnya terlaksana, bila kami sahabat KP dijemput ke Cafe Damai beramai-ramai.. Turut hadir Captain.. yakni penasihat KP..

Walaupun tak ramai yang hadir, namun program makan-makan ini tetap meriah kerana makanan yang banyak.. semua ahli KP melantak tak hingattttttttt... hehehe..

Terima kasih banyak buat kak Chin yang telah bermurah hati bagi makan pada kami.. dan berkongsi berita gembira itu bersama kami...

Kak Chin adalah pelajar kelainan upaya.. yang sememaangnya LAIN.. kerana Berjaya mendapatkan anugerah dekan..

Sayang kak chin.. tika itu dalam hati berkata.. alangkah indahnya dunia kalau kak Chin dapat anugerah dekan setiap semester.. dan dapat belanja makan besar, ahli KP setiap semester.. hahahaha....

Thanks a lot kak Chin...




i) tetamu VVIP, captain...



ii) Encik Presiden makan dengan penuh semangat..



iii) Cik Izza yang cute..


< cik WID.. >



Mai ungkit kisah Kem Mesra di Bukit Merah


Aktiviti:                        Kem mesra OKU
Tempat:                       Bukit Merah Lake Town Resort
Tarikh:                         17-19 Disember 2004
Jumlah peserta:            40 orang

CiK WiD sebenaqnya dah lupa ingatan akan program ini, kerana dah terlalu lama. Yang CiK WiD ingat kita adakan perbincangan di dewan yang disediakan. Yang paling best ada Jungle Tracking..(kalau tak silap dibuat tengah malam atau awal pagi..huhu) dapat kita lihat bagaimana OKU turut serta dalam aktiviti yang mencabar ini.. & bagaimana keprihatinan sabahat untuk membantu para OKU meredah hutan belantara.

Ketika itu CiK WiD berada di belakang Daniel, betapa payah Daniel hendak melintas titi kecil, namun Berjaya juga dengan bantuan sahabat penyayang. Tahniah Daniel!

Kak Chin pula, kalau tak silap CiK WiD, dia siap di dukung lagi.. begitu bersemangat peserta kem mesra kali ini.

Aktiviti yang tidak kurang hebatnya..adalah mencipta rakit daripada pelampung besar.. aktiviti berkumpulan ini mampu menyerlahkan sikap saling bekerjasama & semangat berkumpulan.

Malangnya CiK WiD tak dapat turut serta dalam aktiviti tersebut, demam kot..hehe... Oleh itu, CiK WiD & sorang kawan telah dibawa ronda-ronda naik bot..oleh pokcik bot yang baik hati.. hehe...

Seronok sangat naik bot lelaju..sakan beri sokongan kepada semua kumpulan..teriak sampai habis suara.. sambil tangkap gambar mereka beraksi mendayung rakit mengejar kemenangan.. dapat hamper besaq tuh.. wakaka... best..best.. best..

Selain itu, ada acara barbeque di malam hari.. hehe..siap ada clown mai buat belon tuk kami..wakaka.. kenyang makan.. senang hati.. hehe

Tu saja yang CiK WiD mampu ingat..hehe..

Lihatlah gambar yang dilampirkan..semoga dapat flesh back kenangan lama..hehe

Kenangan itu pastinya tersimpan kemas di hati setiap peserta yang hadir. Begitu juga semangat kerjasama & saling memerlukan antara OKU & sahabat OKU..

Buat ahli baru & ahli lama.. juga yang menyertai KP ketika program ini berlangsung.. tidak kira lama atau baru.. anda adalah ahli KP.. setiap satu daripada anda.. adalah sebutir bintang.. yang bila dikumpul semua bintang-bintang itu.. pasti mampu menjadi lampu stadium yang menerangi stadium dunia saat pemain memulakan corak permainan & disaksikan berjuta penonton seluruh dunia...


i) Captain bersama ahli KP sedang tekun berdiskusi.

 ii) Captain & Encik Mohd. Fadzil (Presiden KP) sedang memberi penerangan

iii) Puan Jamiyah CEO-KP, Captain, Khai, Ja, Mizu & Kak Iza..















< cik WID.. >

Dia..



Dia..
Sahabat ku..
Walau punyai kekurangan..
Namun ku tak pernah merasakan kekurangannya...

Dia..
Ku cuba mengenalinya..
Rapat dengannya...
Mendengar kisahnya..

Dia..
Anak perempuan pertama dalam keluarga..
Punyai tanggungjawab yang berat..
Sedari kecilnya sering berusaha ringankan beban ibu..
Menjaga adik-adik yang kecil..
Membuat semua kerja rumah..
Hingga kadang kala terpaksa ponteng sekolah
Ekoran masalah keluarga..

Dia..
Sangat tekun & rajin membantu keluarga..
Sering melebihkan ayah ibu...
Mengutamakan adik-adik..
Lebih dari diri sendiri..
Lebih daripada pelajaran & persekolahannya...

Namun,
Suatu hari hidupnya berubah
Apabila mendapat tahu dia mempunyai masalah tulang belakang..
Atau dikenali sebagai skoliosis...
Sejak itu, dia mudah diserang sakit..
Menghadapi masalah telinga..
Sakit kulit.. dan pelbagai lagi..

Dia yang periang..
Mula menjadi pendiam..
Merasakan dia hanya menyusahkan keluarga..
Banyak duit telah dihabiskan untuk merawatnya..
Banyak masa & perhatian yang diperuntukkan buat nya..
Menyebabkan ibu ayah kurang fokus pada adik-adik lain..

Namun,
Siapalah dia untuk melawan takdir..
Dia redha menerima segalanya..
Dalam masa yang sama
Dia berusaha untuk sembuh
Demi membantu keluarga..

Dia..
Perempuan penyayang..
Amat rapat dengan ibunya.. keluarganya..
Amat mudah mengasihi sahabatnya..

Dia..
Gadis ceria..
Sering bergelak ketawa & ceriakan suasana

Dia..
Perempuan yang kuat..
Menempuh apa jua yang mendatang..

Namun..
Ku masih tetap risaukannya..
Kerana ku tahu..
Malam-malamnya tidak selalu tenteram..

Kadang ku terbagun di tengah malam
Untuk perhatikannya..

Sapukan minyak panas..
Ku urut belakangnya..Seluruh tubuhnya..
bila dia rasa tidak selesa.. sakit sendi..

jika dia mengadu sejuk tangan & kaki..
ku cuba menghangatkannya..
berusaha gosok tangan & kakinya hingga dia terlena..

dia..
kelihatan sangat comel bila sedang tidur..
riak wajahnya tenang..
namun ku tahu..
di dadanya tersimpan sejuta perkara yang ditutup kemas..
masalah keluarga.. kekasih.. teman kuliah..pelajaran..
kesakitan emosi & fizikal.. jarang dikongsi bersama..

dia..
sahabat ku.. yang kelainan upaya..
memang dia LAIN...
lain dari yang lain..
amat berbeza dari ku..& juga kau

kerana dia...
dia mampu menerima & menelan kebenaran & rialiti hidup..
dia dapat bertahan menjadi dirinya sehingga kini..
dia tetap terus hidup.. menjalani kehidupan dunia dengan berani..

kau & aku..?
jika kita di tempatnya..
mampukah kita?
Menjadi sepertinya?
Atau lebih baik daripadanya??

Kerana itu..

Dia..
Amat istimawa di hati ku..

Dia..
Banyak menyedarkan & mendidik ku...

Dia..
Sahabat ku..dari dahulu..kini & akan datang..

Dia..
Hanya satu..Tiada duanya..

Dia..
sentiasa tersemat di hati ku..



“HAi orang yang hidup menderita di bumi
kerana didera kelaparan, kesempitan, kesengsaraan, penderitaan, kefakiran & penyakit.. bergembiralah,
kerana sesungguhnya engkau bakal kenyang, bahagia, senang & sihat.”
(Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)



Info berkenaan skoliosis :



< cik WID.. >


Pengalaman ini, anugerah terindah..


Setapak ku melangkah ke menara gading..
Membawa besama sejuta getar & gusar...

Demi menimba ilmu
Ku tinggalkan kampung halaman ku...

Demi mengutip pengalaman hidup
Aku terbang jauh..ke daerah asing ini..
Utara semenajung Malaysia...

Mungkin inilah takdir buat ku...
Melangkah ke universiti ini..
Dapat bertemu teman baru..yang merupakan sahabat hingga kini..
Mampu memahami erti Orang Kelainan Upaya (OKU)
Berpeluang memupuk kasih sayang..simpati & empati dalam diri ini

Tahukah kamu bagaimana rasanya??
Bila pertama kali ku melihat OKU?
Melihatkan mereka saja..aku merasa pelik & hairan...

Namun..
terpandang akan akak Chin Chin buat pertama kalinya...
buatkan ku hilang suara..habis kata-kata...

ku menangis........
saat pertama kali mendengar kak Chin berusaha menyebut setiap perkataan
hingga menjadi sebaris ayat...
kerana dia OKU pertama yang ku dekati..
sungguh aneh percakapannya..
sukar ku fahami..
tindak tanduknya jua pelik...
ku lihat fizikalnya amat berbeza dari ku..

kak Chin merupakan pesakit Cerebral palsy..
dan bekas pelajar Persatuan Kanak-kanak Cerebral Palsy Pulau Pinang (SCAP)

betapa bertuah diri ku..
mampu melihat dunia dari sudut pandang orang lain...
jika dulu.. ku kurang bersyukur
jika dulu ku rasakan hidup ini sangat bosan dengan rutin yang berulang-ulang...

namun,
mengenali sahabat OKU itu..
membuat ku lebih menjadi manusia
lebih bersyukur atas nikmat yang ada

tahukah kamu??
Sejak kenali sahabat OKU ku..
Aku yang garang.. telah sedaya upaya kuburkan sifat amarah itu
Aku yang kadang petah berkata..lebih banyak berdiam & berfikir
Aku yang tak cukup sabar.. telah bersabar 200% dari kebiasaan ku..
Aku yang individualistik..lebih berusaha menjadi kakak buat sahabat ku
Aku yang sukar senyum.. sering mencuba membuat mereka ketawa & nikmati hidup ini
Aku yang punyai masa 100% buat diri sendiri.. cuba memberi 80% masa & perhatian ku buat mereka

Mereka banyak mempengaruhi hidup ku..
Terima kasih tuhan..Kerana temukan ku dengan mereka
Terima kasih Tuhan.. kerana mengatur jalan hidup ku sebegitu..
Terima kasih Tuhan.. atas tiap saat ku bersama mereka..


< cik WID.. >


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...