Thursday 11 August 2011

Sambungan - Aku Punya Cerita

Apa yang ada dengan 2003? Tahun inilah aku menjejaki kaki ke menara gading. Walhal tak termimpi-mimpi pun. Dah tersurat. Pencapaian aku pun tidaklah power sangat...sekadar luar biasa jer (hehehe...sengeh....:)

Kenapa aku boleh masuk USM? Mengapa bukan UM ka, UPSI ka, UPM ka, UMS ka. Walhal, USM adalah pilihan aku yang ketiga. Aku isi borang dan aku dapat jurusan Pengurusan. Memang tuhan mahu menemukan aku dengan sesuatu di Bumi Pulau Mutiara itu...

Hujung bulan Mei 2003, kami bertolak ke USM. Datuk, abah, 2 orang pak sedara hantar. Bayangkan, datuk aku pun boleh pi sekali hantar aku. Seronok-seronok. Sebuah kereta je. Inilah kali pertama aku berjalan jauh, melihat negeri orang. Sepanjang aku membesar sebelum masuk USM, hanya melekat di Kelantan je.

Sebelum aku menconteng lebih jauh blog ni, izinkan aku mengisahkan sedikit kategori OKU yang aku bangga-banggakan :)

Aku dikategorikan sebagai OKU Pendengaran

Terdapat 2 jenis kategori iaitu :-

A. PEKAK – Mempunyai ukuran tahap decibles > 55dB yang mana dikategorikan sebagai tidak boleh mendengar langsung. Bentuk komunikasi mereka melalui pertuturan, membaca gerak bibir, menulis serta berbahasa isyarat. Mereka mempunyai budaya sendiri.

B. KURANG PENDENGARAN – berbeza dengan kategori PEKAK, mereka yang mempunyai ukuran decibles < 55dB masih boleh mendengar dengan bantuan alat pendengaran. Namun, mereka tidak mempunyai budaya mereka dan hidup macam golongan normal yang lain. Bentuk komunikasi mereka lebih kepada bertutur dan jarang menggunakan bahasa isyarat malah ada yang tidak tahu bahasa isyarat langsung. Mereka juga berkomunikasi secara menulis dan membaca gerakan bibir.

Terdapat empat (4) tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu:
A - Minumum (Mild) - (15 - <30 dB) (Kanak-kanak) DAN (20 - <30 dB) (Orang Dewasa)
B - Sederhana (Moderate) - (30 - <60 dB)
C - Teruk (Severe) - (60 - <90 dB)
D - Sengat Teruk (Profound) - (>90 dB)

Aku termasuk dalam group B. Syukur kerana masih mampu mendengar berbanding dengan kawan-kawan Pekak aku yang lain, langsung tidak mendengar apa-apa. Alhamdulillah..

Tiba masanya untuk merepek. Aku masuk USM dengan wang saku yang banyak. Hehe.. Aku percaya korang pun begitu. Ya, sesampainya di USM, kami parking kereta kat masjid USM. Wahh.. ramai pelajar! Ini kali pertama masuk Uni. Pasti teruja kan? Lebih-lebih lagi aku ni yang memang tak berharap sangat nak belajar sampai Uni. Kalau ikut plan, lepas STPM nak cari kerja. Borang kemasukkan ke U di hantar dengan harapan yang tak berapa menggunung. Cuma, hidup ini kadang-kadang berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Dah tersurat, terima dengan redhoooo...

Melangkah ke USM keesokannya, kami perlu mendaftarkan diri di DTSP. Dewan inilah yang banyak nolstagia buat kita semua. Tengok-tengok aku ditempatkan di desasiswa Aman Damai. Aman? Damai? Tak juga. Banyak penghuni melalak a.k.a sing out loud dalam bilik air.. eh, aku kan kurang dengar! Bagi aku, memang la Aman Damai sebab tahap pendengaran aku bukan macam yang normal.. Asrama aku Dorm K01/018A. Sepanjang pengajian aku menetap di bilik yang sama sebab bilik tu khas untuk OKU pendengaran – ada penggera kecemasan, lampu merah macam keta bomba. Hahaha... Antara roomate yang setia dengan aku : Abg Aizam, Azhar, Abg Fadhil. Merekalah peneman aku..

Aku nak shortcut cerita. Kalau nak selami lebih lanjut, sila layari entry kat blog aku di :

sambungan….

Kita terus ke point : Bagaimana boleh kenal Kelab Penyayang? Masa di USM, aku yang tak tahu apa-apa ni masuk satu persatuan yang boleh dapat kredit.. Ala... yang perlu di ambil untuk mencukupkan syarat pengijazahan tu. Aku masuk Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM). La... kata nak masuk Silat? Memang senang sangat la yang ni. Prof Stiker pun ada kot. Kak Wani, Khairiah, Khairy dan lain-lain. Majoriti semua ahli kelab penyayang ada dalam RKM ni.. Entah bagaimana aku terjoin sekali kelab Penyayang ni. Lupa dah.. Rasanya ada orang yang “rasuah” aku agar tertarik.. haha.. Presiden time tu of coz Hero kita, Abg Fadhil. Kebanyakkan yang lain aku dah lupa. Lagipun aku hanya status ahli biasa. Xde pergi summit mana-mana, tapi aktiviti sukarelawan dalam USM dan luar USM aku join la.

Bila dah join KP ni, aku kenal ramai member-member yang senasib dengan aku. Malah ada yang lebih teruk. Terbaik ialah anda semua yang menjadi sahabat. Aku ni jenis orang kasar gak - bab2 gurau, berbahasa (keras-keras nadanya *padahal aku xleh dgr pun suara aku masa cakap. Sikit2 je..). Ada gak yang bersabar eh? Mana-mana yang terasa tu, mintak ampun dan maaf :)

Isi utama dalam entry aku ialah: Pengenalan kepada OKU Pendengaran, agar masyarakat dapat membuka mata tentang insan istimewa seperti kita ni (merujuk kepada pelbagai kategori OKU) yang kadang-kadang hasilnya luar biasa berbanding dengan insan normal...percayalah bahawa kitalah HERO. Kepada Hero-hero OKU, tidak lupa juga HERO-HERO Kelab Penyayang USM. Kalian banyak membantu kami dalam sepanjang kehidupan di kampus. Sekalung penghargaan aku ucapkan kepada semua yang terlibat dengan Kelab Penyayang zaman kita dulu.. Sekian, wassalam.. 

P/S - Dekat blogspot personel aku tidak letakkan OKU atau lebih tepat lagi aku menyembunyikan identiti aku sebagai OKU. Mengapa? Malu? Takut orang tahu? TIDAK. Sebab aku tidak merasakan aku OKU itu. Buat apa nak Malu? Awek pun dah ada.. hehe.. (laaaa..dah tak available rupanyaaa...- editor nk mencelah jugak) Dan, aku bukanlah suka orang bersimpati dengan aku. Kita semua sama! Tiada yang sempurna…


Armi Rusli



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...