Wednesday 19 October 2011

Apabila OKU Mula Bersuara


Kehidupan warga yang bergelar Orang Kelainan Upaya atau lebih dikenali sebagai warga OKU tidaklah setabah dan seceria orang biasa walaupun kadang-kadang terdapat sebahagian daripada mereka ceria seperti tiada apa yang berlaku.

Jauh di sudut hati pasti tercetus sedikit perasaan hiba dan sedih walaupun secara kasarnya orang melihat mereka mendapat apa yang mereka inginkan tanpa merasa pedih hati mereka.

Setiap detik dan setiap inci pergerakan yang mereka lakukan memerlukan tenaga dan semangat yang berganda-ganda berbanding dengan manusia normal walaupun hanya mengambil secebis kertas ataupun hanya bergerak untuk mengalihkan badan daripada suatu tempat ke suatu tempat walaupun jaraknya hanyalah beberapa meter. Tahap keperluan kalori dan tenaga yang diperlukan adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan manusia normal.

Setiap level kehidupan mereka memerlukan usaha yang gigih untuk mendapatkan kejayaan seperti warga normal. Andai ketidakupayaan tersebut bermula sedari kecil, sedari kecillah pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi lebih-lebih lagi apabila berusia tujuh (7) tahun. Andai kanak-kanak biasa tidak mengalami masalah untuk bersekolah di mana-mana, tetapi tidak bagi kanak-kanak warga OKU, perkara itu tidaklah semudah yang disangkakan. 

Pelbagai 'kerenah' perlu dilalui hanyalah untuk melayakkan diri bergelar sebagai seorang pelajar. Bagi keluarga yang kurang berkemampuan untuk berdepan dengan pelbagai permasalahan tersebut, pasti kanak-kanak OKU dibiarkan di rumah tanpa pembelaan sewajarnya. Dan jika hal ini berlaku, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada penjaga kanak-kanak OKU tanpa mengetahui tekanan yang terpaksa dilalui oleh mereka.

Permasalahan berterusan lebih-lebih lagi untuk melepasi setiap level kehidupan. Contohnya level daripada bergelar pelajar sekolah rendah, berganjak menjadi pelajar sekolah menengah, kemudian ke matrikulasi/ STPM, dan seterusnya ke peringkat universiti.

Cabaran yang lagi hebat menunggu apabila melepasi dunia pelajar.. Golongan OKU amat sukar untuk diterima menjadi pekerja di sektor-sektor kerajaan dan di sektor-sektor swasta. Andai ada hanyalah sebilangan kecil sahaja daripada mereka dan yang selebihnya mengganggur di rumah seolah-olah menunggu "panggilan" daripada Ilahi. 

Andai ada yang diterima bekerja, hanyalah beberapa peratus sahaja daripada mereka secara keseluruhan. Apa yang dibicarakan oleh kerajaan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 1% daripada kakitangan mereka dalah daripada kalangan warga OKU hanyalah ritorik semata-mata.

Tidak kurang juga yang diterima bekerja tetapi diberikan kerja yang tidak sepatutnya dan dengan gaji yang tidak masuk akal. Tetapi disebabkan tiada pilihan, maka golongan ini terpaksa memberi peluang untuk "diambil kesempatan" memandangkan terlalu sukar untuk mendapat pekerjaan.

Andai terdapat yang 'terlebih usaha' daripada yang 'lebih usaha', mereka akan mencuba membina kerjaya sendiri seperti berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka kedai 'top up' atau kedai kecil di tepi rumah, berjualan secara kecil-kecilan di dunia maya, mengambil upah memasak, ataupun belajar kemahiran seperti menjahit pakaian. 

Bunyinya agak mudah, tetapi tidaklah semudah kita menaip di facebook, menaip di blog dan tidaklah semudah kita membaca artikel ini.

Kadang-kadang usaha mereka lakukan tidak setimpal dengan perolehan yang mereka dapat disebabkan oleh pelbagai cubaan dan cabaran yang terpaksa mereka tempuhi serta ketidak upayaan mereka untuk bersaing dengan orang normal demi mendapatkan sesuap rezeki. 

Kekangan demi kekangan terpaksa mereka tempuhi dan kebanyakan daripada mereka tidak berani tampil menyuarakan permasalahan mereka kerana tiada siapa yang akan membantu walaupun di dada-dada akhbar, di tv-tv heboh diperkatakan mengenai keisitimewaan yang bakal diperolehi oleh warga OKU. 

Hanya mereka sahaja yang sedar, dan rasa serta mengetahui bahawa apa yang dihebohkan tersebut hanyalah untuk mengaburi mata di bawah sedar masyarakat sekeliling bahawa nasib golongan OKU terbela. 

Untuk mendapatkan hak-hak keistimewaan bukanlah seperti mengunyah kacang di dalam mulut. Tetapi perlu menempuhi pelbagai prosedure dan kerenah birokrasi yang memakan masa bertahun-tahun dan memerlukan tenaga dan upaya untuk turun naik di jabatan-jabatan tertentu semata-mata untuk mendapatkannya. 

Bagi yang kuat, mempunyai sokongan dan kemudahan akan berjaya memilikinya tetapi bagaimana pula bagi yang lain-lain yang sukar untuk bergerak ke mana-mana apatah lagi untuk pergi berulang alik ke jabatan-jabatan hanyalah untuk mendapatkannya? 

Andai mereka mempunyai duit dan sumber pendapatan, pasti akan berusaha mendapatkannya dengan prosedur seperti manusian normal yang kurang kerenahnya dan memerlukan masa yang singkat berbanding untuk melalui procedur warga OKU yang lebih bersifat membantutkan. 

Kekuatan semangat perlu menjadi suatu teras kepada usaha yang dilakukan dalam perniagaan ataupun meneruskan kehidupan sebagai warga Kelainan Upaya untuk menjadi orang yang turut sama berjaya dalam kehidupan yang mana telah Allah bentangkan di atas dunia ini dengan pelbagai nikmat yang disediakan untuk kita bersama. 


Siapa pun kita.. tidak kiralah kita lebih upaya atau kurang upaya.. di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala hanyalah takwa yang menjadi penilaian-Nya. 

Usaha dan kegigihan untuk menjadi maju biarpun terpaksa mengharungi seribu satu cabaran cukup membuatkan kita kagum dan berasa betapa hebatnya Allah Subhanallah yang menjadikan hamba-Nya kurang upaya di pandangan mata tetapi beribu daya semangat hidup.

Kenalkan En. Omar Abdul Aziz

Personaliti: En Omar Abdul Aziz (44 tahun) merupakan seorang anak kelahiran Perak, merupakan salah seorang golongan Orang Kelainan Upaya yang sekarang giat menjalankan perniagaannya yang berkaitan dengan perniagaan komputer.



Mengalami kecacatan sejak daripada kecil, kehilangan upaya untuk bergerak dan perlu bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda. 


Setelah beliau diberhentikan dengan pencen sebanyak RM190 sebulan, beliau telah menubuhkan sebuah perniagaan yang berkaitan dengan komputer seperti perkhidmatan membaiki komputer, mengadakan kelas komputer, jual komputer dan sebagainya. 

Beliau telah merangka beberapa strategi untuk memastikan beliau tidak semata-mata menjadi orang yang menerima bantuan sepanjang masa. 

Jadi untuk merubah kepada ke arah berusaha dan berdikari, beliau telah menyediakan beberapa plan tindakan di mana walaupun terpaksa berdepan dengan persaingan hebat, namun beliau tetap meneruskan usaha dengan harapan ia tetap akan berjaya. 

Adat perniagaan, ada kalanya naik dan ada kalanya jatuh meruncing. 

Beliau turut cuba mendapatkan dana-dana daripada orang ramai untuk menaja pelajar-pelajar, anak-anak OKU, dan anak-anak orang warga kurang berkemampuan dan menggunakan dana tersebut dengan mengadakan kelas-kelas bagi mereka serta turut menampung bayaran-bayaran serta sewa dan tuntutan-tuntutan bil untuk meneruskan perniagaan beliau dalam usaha untuk hidup berdikari.

Segagah nama Khalifah Islam, Umar Abd Aziz, semangat dan kekuatan turut mengalir ke dalam diri En Omar Abdul Aziz.

Beliau tidak pernah kalah dengan keadaan yang beliau tempuhi dan alami. Seperti insan lain, beliau mempunyai impian dan cita-cita, juga perasaan yang membolehkan beliau melalui kehidupan ini tanpa merasa erti kekurangn kerana cabaran yang beliau hadapi tidak pernah mengenal siapakah beliau.

Dalam pada itu, beliau tidak pernah jemu untuk menghantar surat dan permohonan kepada pihak yang berwajib untuk memohon supaya mereka mempertimbangkan peluang-peluang perniagaan untuk diberikan kepada golongan-golongan peniaga warga OKU.

Contohnya kerja-kerja baik pulih komputer bagi jabatan-jabatan kerajaan dan 10% atau 20 % daripadanya disalurkan kepada golongan OKU tanpa melalui kerenah birokrasi yang terlalu banyak yang kadang-kadang tidak mampu untuk disediakan oleh warga OKU.

Contohilah acara sukan sukan olimpik, mereka pisahkan dengan sukan paralimpik semata-mata kerana mereka ingin melihat kedua-dua pihak samada peserta sukan yang sihat ataupun peserta sukan warga OKU turut akan merasai kemenangan walaupun dengan cara yang berbeza.

Dalam sukan, perkara ini boleh diasingkan dan tidak mustahil dalam usaha untuk mencari nafkah dan rezeki juga pihak penguasa atau yang berkuasa boleh memikirkan sesuatu untuk membantu golongan warga OKU. Sekurang-kurangnya mengurangkan prosedur yang perlu dilalui untuk memberi keringanan dan kemudahan kepada mereka untuk hidup berdikari tanpa perlu menagih simpati sesiapa.

Memberi sedikit peruntukan kepada warga OKU untuk berniaga membolehkan mereka ini mendapat sedikit sinar dan harapan agar perniagaan yang mereka usahakan boleh mereka jayakan dan mereka jalankan dengan lancar. Warga OKU memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak untuk bangkit menyahut cabaran dunia kehidupan yang banyak rencah kerenahnya.

Untuk membiarkan OKU berdiri sendiri, berusaha sendiri tanpa memberi sedikit suntikan dan bantuan menyulitkan lagi kehidupan mereka. Adalah tidak adil sekiranya pihak yang berkuasa membiarkan golongan OKU untuk berusaha dengan kudrat yang terbatas untuk bersaing dengan golongan orang biasa yang jauh lebih gah untuk maju.

Andai diberi kerjasama, diberi bantuan, diberi peluang kerja, warga OKU akan mampu berjalan seiring dengan peniaga-peniaga lain yang sempurna untuk berjaya dalam dunia perniagaan kerana mereka hanya memerlukan sedikit suntikan untuk turut duduk sebaris bersama-sama dengan peniaga lain.


Ikuti kisah lengkap beliau di sini & sila kunjungi blog En Omar di sini...


Dipetik dari Lady Bird's Life

Friday 14 October 2011

My KP Chronicles Part 4: The Golden Generation of KP USM ( 1 )

Terasa sangat lama aku tinggalkan Chronicle aku ni sampai aku kena baca balik aper yang aku tulis dulu. Sori la sebab tetiba jer menyepi...maklumlah Puasa, Raya dan macam2 lagi…ada awek, tunang dan kawin jer blum (hehehehhe). Sajer jer tu, nak menenangkan diri kejap .

Semacam mana tajuk nya macam tu jugala ceritanye.

Well semacam mana biasa aku di panggil meeting kat bilik tutor mana ntah satu malam tu. Pasal apa? x dibgtau, surat menyurat lagi la xder, tp pegi jugala dah di panggilkan. Lagi pun aku bosan sebab aku tgh dalam proses nak tukar kursus sebab FO ( Fail and Out ), leceh gila proses dier. Disitu la aku dari budak Sains jadi budak Soc Science. Permohonan tukar kursus aku diterima tapi permohonan CDK ( Cuti Dengan Kebenaran ) aku blum diluluskan lagi.

So pegi punyer pegi, ada la dalam 13 orang dalam tu ( kalo xsilap), rupa2nya ada mesyuarat AGM KP yang ke dua. Aku pun tertanya2 Kenapa aku kena ader kat sini? Tapi sebab ada Captain Dr Reevany Bustami ( aku respect giler )... aku stayla atas permintaan Captain.

Captain - Dr. Reevany Bustami, currently - Chairman & Convenor, CPTAG (CRS & Philanthropy Transdiciplinary Action Group)

Selepas Ucapan Mantan Pengerusi KP so AGM pun bermula. Actually AGM ni dikelolakan oleh Kak Jameyah ( KJ )... dia lah moderator.... dia la MC... sumer la dier...


inilah dia Kak Jameyah Sheriff a.k.a KJ

So Perlantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi dimula kan... memang giler sengit... giler kentang.... antara Aku dan Azliza. Aku menang dgn kelebihan Satu ( 1 ) undi jer. Bayang kan daripada 11 yang boleh mengundi, aku dapat 5 undi dan Azliza dapat 5 undi gak. Undi KJ lah yang menentukan, so KJ pilih aku. Disitula peranan pertama aku sebagai Pengerusi KP yang Ke 2.


inilah cik azliza zulaikha... nampak tang mata ngn idung jaaa... :: No 2 - org kuat KP

haaa.... ni baru betul.... ::: meet Azliza Zulaikha :P 

Captain cakap kombinasi aku dan Azliza xpernah berlaku dimana 2 orang OKU dilantik jadi No 1 and No 2 dalam mana-mana persatuan USM. Macam2 la yang kita orang bincangkan.

Perkara asas adalah dasar-dasar KP di gubal ( xbleh blah perkataan tu ) yang mana aku rasa masih dipegang sampai sekarang... hopefully. Lebih kurang macam ni la, matlamat asal KP sebenar tidak diketepikan tapi di USM akan lebih di titik beratkan kepada golongan OKU.

Proposal kami dihantar kepada Presiden Penyayang ( Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood ) semasa itu,[ xtau sama ada kena letak Tun sebab Pak Lah dah dapat Tun.] Selepas diteliti oleh pegawai2 Penyayang, mereka suka gila in fact diorang sokong gile2 ( thanks to KJ ).

Allahyarhamah Datin Sri Endon Mahmood ~RIP : Former Presiden Yayasan Budi Penyayang

Selepas sesi dengan ahli baru KP, next stop adalah perjumpaan dengan VC ( Tan Sri Prof Dzulkiflee Abdul Razak, semasa artikel ini di tulis Tan Sri dah xjadi VC lagi ) since Tan Sri corcern about OKU after what happens ( xtau kena bacala part 2 yang meletups tu...:: ni link Part 2 ).

So orang2 kuat KP + Captain berbincang sakan nak utarakan apa kat VC, setelah dipersetujui KP akan bawa 7 perkara ( kalo xsilap aku) yang dipanggil oleh Captain, 7 tonggak yang menjadi asas pegangan USM dan KP untuk golongan OKU ni ( salah satu nya adalah Van OKU yang rasanya dah direalisasikan ). Yang best nya 7 orang gak yang pergi jumpa VC ( Captain, aku, KJ, Azliza dan 2 lagi aku lupa ). Best dapat jumpa VC kat pejabat dia. Bayangkan naik lift kat Bangunan Canselori tu tekan no 6 khas untuk pejabat VC, berdebar2 beb xbleh bayang kan.

Tonggak2 yang di utarakan di ulas oleh KP melalui KJ dan Captain mostly. Bayangkan VC take note setiap apa yang dia rasa penting, yang mana dia rasa perlu dilakukan segera... dia cakap kat CC dier buat surat kepada Bahagian yang bertanggungjawab, hantar kat dia dulu untuk sign personally ASAP dan dia nak tau progress. Perkara2 lain dia take note untuk perbincangan lebih lanjut.

Lantaran dari meeting tu, banyak lagi meeting lain dgn PRO, Jabatan Keselamatan, Library, HEP dan banyak lagi meeting yang aku kena attend since aku free time tu xder benda nak buat. Tapi bestla dapat jumpa dengan orang2 kuat USM bincang dengan diorang ttg OKU ni in details walaupun aku bukan OKU sangat pun tapi di kategorikan OKU.

Kelab Penyayang USM

Barula aku tau banyak benda aku xtau pasal OKU ni sebab perkara2 ni aku xpernah ambil kisah sangat ( since aku jalani hidup macam orang normal ).

Anyway thanks to KP personally sebab bagi aku berada dalam KP ni... doing these OKU things on behalf OKU yang sedia ada masa tu dan OKU yang mendatang.

Aku sambung lagi nanti ……
Panjang sikit bab Golden Generation ni

Inilah ceritera ku…..

USM la yang mengajar ku OKU….

To Be Continued…..

prof.striker

Monday 3 October 2011

No Worries

Meet the man~

Imagine being born without arms. No arms to wrap around a friend ; no hands to hold the ones you love; no fingers to experience touch ; no way to lift or carry things. How much more difficult would life be if you were living without arms and hands? Or what about legs? Imagine if instead of no arms, you had no legs. No ability to dance, walk, run, or even stand. Now put both of those scenarios together… no arms and no legs. What would you do? How would that affect your everyday life?

source: Nick Vujicic


More of his inspiring videos from youtube, just search ok :)

My favourite quotes by Nick Vujicic:

“I never met a bitter person who was thankful. Or a thankful person who was bitter.”
― Nick Vujicic


“We can't, and we should not, compare sufferings. We come together as a family of God, hand in hand. And then together coming and standing upon the promises of God, knowing that no matter who you are, no matter what you're going through, that God knows it, He is with you, He is going to pull you through.”
― Nick Vujicic


“If I fail, I try again, and again, and again. If YOU fail, are you going to try again? The human spirit can handle much worse than we realize. It matters HOW you are going to FINISH. Are you going to finish strong?”
― Nick Vujicic


“It's a lie to think you're not good enough. It's a lie to think you're not worth anything.”
― Nick Vujicic


“Life without limbs? Or life without limits?”
― Nick Vujicic


“Harapan dapat menyingkirkan halangan yang bahkan kelihatannya mustahil digerakkan.”
― Nick VujicicLife Without Limits



Berfikir bahawa kamu adalah orang yang paling malang dan bermasalah di muka bumi ini adalah kesilapan terbesar kamu kerana percayalah bahawa ada insan lain yang lebih bermasalah tetapi menghadapi dunia dengan senyuman. There's a silver lining behind every dark clouds and I believe in that with all of my heart. 

If God brings you to it, He will bring you through it~

*iman nur aima*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...