Tuesday 16 August 2011

CiK WiD & kengkawan KP going to KKTB

Aktiviti: Literasi di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti (KKTB), Kepala Batas.
Tempoh: Julai - Slept 2004
Tarikh: Tahun 2004 (1st year 1st sem..hehe)

Pada awal pagi CiK WiD bersama rakan-rakan ahli KP telah bersiap sedia untuk bertolak dari USM ke KKTB. Dengan menaiki sebuah van & beberapa buah kereta persendirian, kami bertolak dan tiba di sana dengan selamat.

Pertama kali sampai di KKTB aku tak mampu bayangkan kedaan dan penghuni yang berada di sana. Sampai sahaja di sana, terdapat ramai kanak-kanak yang terdiri dari pelbagai usia sedang beriadah dan dikawal oleh seorang akak tomboy (mungkin petugas KKTB).

Para MT KP telah pergi beramah mesra bersama pihak pengurusan KKTB, CiK WiD dan beberapa rakan lain telah mendekati beberapa remaja & kanak-kanak di situ.

Kami mendapat maklumat daripada akak tomboy bahawa penghuni di KKTB terdiri daripada beberapa kanak-kanak yang mempunyai masalah keluarga, dibuang (anak luar nikah), mangsa “haruan makan anak”, kanak-kanak yang dihantar sendiri oleh ibu bapa mereka ke KKTB kerana kesempitan hidup. Berikut beberapa plot penceritaan yang juga terbahagi kepada tahap usia penghuni KKTB.

Plot 1
CiK WiD & kawan-kawwan telah menghabiskan masa dengan adik-adik berusia 8-12 tahun, di bawah pondok sekitar kawasan KKTB. Berbual dengan 3 kanak-kanak perempuan, mengorek cerita sedaya upaya, ekoran rasa ingin tahu yang membuak-buak di dalam hati.

Kanak-kanak 1:
Adik perempuan berusia 8 atau 9 tahun (hyperactive, tak segan dengan orang, sering bercakap sendiri)  didera secara seksual oleh ayahnya (maklumat daripada akak petugas di KKTB yang lagak gayanya seperti tomboy). Hati kecil ku berkata, mungkin akak tomboy ini juga menyimpan seribu satu cerita hitam, namun dia telah cukup kuat untuk membimbing dan membantu kanak-kanak lain di sini.)

Kanak-kanak 2:
Adik perempuan 12 tahun,cantik parasnya, didera secara seksual oleh pakciknya (berketurunan Filipina, ibunya melayu, ayahnya rakyat Filipina).

Kanak-kanak 3:
Adik perempuan 12 tahun, mempunyai ramai adik beradik, ayahnya telah meninggal dunia. Ekoran daripada tidak mampu memelihara ramai anak, ibu telah menghantarnya dan 2 adik lelakinya ke rumah KKTB

Plot 2
Habiskan masa melihat keletah kanak-kanak berusia 1-5 tahun..Sedih & pilu meruntun jiwa CiK WiD melihatkan 3 petugas wanita duduk di ruang tengah bangunan yang menempatkan lebih kurang 10-12 orang kanak-kanak, masing-masing dengan pinggan besar di tangan dan menyuap mulut setiap kanak-kanak yang datang menghampiri mereka. Tidak kurang kanak-kanak yang berlari-lari sambil bermain dan kemudian mendapatkan petugas untuk disuapkan makanan.

Seorang petugas menyuap lebih kurang 3-4 orang kanak-kanak. Mengalir air mata tatkala melihat ada kanak-kanak istimewa yang hanya didukung/dipangku ketika makan, dek kerana tidak mampu berjalan/bergerak seperti kanak-kanak lain (masalah tulang, saraf).

Hati CiK WiD semakin syahdu apabila melihat kanak-kanak yang terdiri dari etnik melayu,cina dan india mampu bermain bersama dan berkongsi sepinggan nasi. Integrasi bangsa mampu diserlahkan di saat kesusahan menghimpit diri, betapa kita semua sama.. punyai keperitan,kisah hitam.. punya rasa simpati, empati, tanggungjawab, walau kita berbeza bahasa, warna kulit dan pegangan.

Plot 3
Di Bilik bayi 0-11 bulan, terdapat sekitar 10-12 katil bayi..terlihat seorang nurse sedang mendukung seorang bayi sambil memberi susu botol. CiK WiD sempat mendekati 2 bayi yang baru hendak tidur..Mengalir air mata ini bila melihat gelagat bayi lelaki yang tidak sempurna,sedang menyusu botol dan menggengam ibu jari CiK WiD.. renungan matanya yang berkaca masih segar diingatan sehingga kini..
Kemudian ku dekati seorang bayi perempuan yang tidur pulas..melihatkan dadanya berombak perlahan ketika menarik dan menghembus nafas..ku betulkan selimutnya dan segera berlalu.. melihatkannya membuat CiK WiD lebih menghargai diri & keluarga yang dimiliki.. subahanallah.. Maha Suci Mu Ya Allah..kerana memberiku tubuh badan sihat dan keluarga yang lengkap.

Plot 4
Aktiviti mewarna untuk semua penghuni kanak-kanak KKTB. Melihatkan keletah mereka, ada yang mewarna dengan tekun, tak kurang juga yang nakal & terlalu lasak. Ramai yang tidak tahu warna jalur gemilang, ada yang bertanya ada jua yang malu-malu.

Setelah memberi hadiah/sumbangan (alat tulis) kepada kanak-kanak tersebut, kami pun beransur pulang ke USM. Kelihatan berat hati kanak-kanak tersebut melepaskan kami. “insyaallah aku pasti kembali lagi ke sini, suatu hari nanti” kata CiK WiD di dalam hati.. huhu...







Semoga anda...anda..& juga anda senantiasa bersyukur & menghargai tiap pinjaman dari Tuhan kepada kita. Dekatilah mereka yang susah, derita & memerlukan, agar kita mampu rasakan betapa bertuahnya kita berbanding mereka yang diberi ujian berat oleh tuhan..

CiK WiD beransur dulu... kata-kata tersebut... buat kalian..

“Keindahan dunia ini tidaklah kekal bagi pemiliknya,
Dan kesulitan yang ada padanya bukanlah merupakan harga mati,
Masing-masing dari keduanya mempunyai masanya sendiri,
Yang pasti akan berlaku..
Dan semua yang ku alami..
Terasa seperti mimpi di siang hari.”
(Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, 2010:46, Jangan Bersedih, Buku Tiga, Al-Hidayah Publication, Selangor, Malaysia)

Sejahtera ke atas kalian...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...