Friday 23 September 2011

Berbuka Pose


Aktiviti:                       Program Berbuka Puasa
Tempat:                       Foyer SK, USM
Tarikh:                        13 Oktober 2005
Jumlah peserta:          Lebih kurang 20 orang


Berikut adalah poster untuk aktiviti tersebut..

KP bukan sahaja giat menjalankan aktiviti sepanjang sidang pengajian, tetapi juga aktif ketika bulan Ramadhan. KP telah menganjurkan aktiviti berbuka puasa bersama semua ahli dan menjemput beberapa individu yang kurang bernasib baik (Golongan Ibu Tunggal).

Selain itu, terdapat juga staff USM yang bermurah hati untuk sedekahkan sedikit juadah (kuih muih) bagi program berbuka puasa ini.. Rakyat Malaysia memang pemurah & tidak lokek menghulur bantuan.

Semua ahli KP.. tidak kira pelajar.. atau staff USM atau sahabat OKU yang bukan warga USM semua bersama-sama menjayakan program ini.. hadirnya etnik india & cina bersama-sama berbuka puasa, menunjukkan bahawa KP amat mesra & mengalu-alukan semua masyarakat tidak kira bangsa, warna kulit mahupun agama.

Golongan yang kurang bernasib baik ini juga diberikan sedikit saguhati daripada KP. Semoga program ini dapat dijalankan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli KP dan juga beramal jariah bagi memenuhi tanggungjawab social KP kepada masyarakat yang memerlukan.


Poster:




 
Mari kita lihat gambar-gambar pula...


Cid Wid

Thursday 22 September 2011

GRADUATION FEVER

The Journey Never End

21st September 2011, Tuesday mark the first day of the 44th graduation day for USM graduates session 2011. USM has come long way since its establishment about more than four decades ago.


As an alumni of USM and also alumni of Kelab Penyayang USM, graduation means a lot to me. There were thousands of feelings mixed up as the convocation day arrived sometime in August 2007. I must say, I panicked - not to give the idea that I’m not eager to attend the convocation but receiving your precious scroll after 3 years of struggle means the journey have END and somehow, it makes me really sad.


USM at Heart

Does it really end? Dear all forgive me. I get the wrong idea at that current of time. The journey of acquiring knowledge, the journey of self-improvement never ends. It’s like the Never Ending Story movie – from one page, you just move to the next page and the pages will never end.

In fact, I have learned that - the END does not matter much but the PROCESS and the JOURNEY to get to the end is the most valuable. To those Penyayang members - let re-live the memory of our graduation day.

Azliza Zulaikha graduated from School of Biology - sclerosis...kudos kak Izza! 

Chin Chin (cerebral palsy) and Kj's big day-both from school of social sciences

Asmaq Ashaari's graduation, pict here with husband- both mute and deaf! way to go kak asmaq!! :)

Present is a must ~ Kak Wani's (black attire-adorable Heroes of the Heart) and Chin Chin's convocation

Since I've been there, there are some TIPS on graduation day for juniors that I thought to be importance (i’m smiling now: kiss and hug to juniors who will graduates soon):

1. Be excited! It’s your big day - one of your big days actually!

congratulations!

2. Be punctual - take care of your timing!

3. To siswi and also the siswa, don’t over makeup yourself, you’ll get sweaty and oily and annoy with your attire!! By the end of the day, it’s too late when you realise that you look so horrible in most of your convo pictures! Trust me! I’ve been there!

4. Don’t over blink-blink, overdose of blink– you know what I mean kaaaannnnn. Be moderate and keep yourself looking professional - you want to keep those pictures of yours in your future office and you want to be proud to look at it even when you’re 50 years old.

Raihan's (left-KP treasury session 2007) graduation

5. Bring a lot of tissues! It’s crucial considering our 2 seasons weather!

6. Plan ahead – where the rest of your family going to be while you in hall, where to meet afterwards, where to park the car. Plan the logistic! Because convocation day is also the chaotic day! You don’t want to lose your mood because you can’t locate the rest of your family and friends while the day is hot and the graduation cap keep slipping from your head!

secure your graduation cap

7. And yes, take care of your valuable things, your BB i.e nokia kaaa...panasonic kaa...actually, any type of handphone, your DSLR cam i.e Olympus poon count..hehe, your wallet, your purse, your keys etc. Take a really good measurement and precaution to secure all those things. You don’t want to lose those things to  thieve like what happen to Pak Cik’s family – missing things are the most unwanted spoiler!

take care of your belongings guys

8. Be considerate to OKUs, OLD-FOLKs and PARENTs (other people's parents too) - they come a long way - if you know what I REALLY mean.

Well, that just it that I can think of for now. On behalf of alumni Penyayang USM and also my humble self - congratulation to all graduates and KUDOS TO THE OKU GRADUATES on your graduation!!

“You have brains in your head. You have feet in your shoes. You can steer yourself in any direction you choose. You're on your own. And you know what you know. You are the guy who'll decide where to go.” Dr. Seuss quotes.

KP's session 2005-2006 former MT from left Ryn, Ayu, Khairi and Khairiah

and to those who's in Penang, don't forget to visit the convocation expo site :)


p/s: i have hundreds of KP members' graduation pictures but forgive me dear all, the softcopy is not with me for now - therefore, i can only utilise what i already have. Anyway, all are welcome to share their convocation experiences!! Because we are all Heroes of the Heart \(^_^)/

*iman nur aima*

Wednesday 21 September 2011

Aku, Kem Mesra OKU I & KP

Nak tahu macam mana mulanya Kem Mesra OKU? Nak tahu macam mana aku boleh join Kelab Penyayang (KP)?

Begini ceritanya...

Semester pertama hampir sampai ke penghujung. KJ telahpun bersama-samaku, membantuku hampir satu semester. Semakin hari KJ bersamaku, dia semakin sedar akan keperluan-keperluan khas aku sebagai seorang OKU yang mengalami Cerebral Palsy untuk menuntut dalam kampus. Dia juga rasa aku perlu ada lebih ramai rakan rapat yang sebaya denganku (Semester pertama, aku meluangkan kebanyakan masa bersama geng yang jauh lebih tua daripadaku. Mereka memasuki USM dan mengikuti pengajian di PPSK melalui saluran kedua di mana mereka telah pun bekerja dan meneruskan pelajaran semula. Tapi, aku tak kisah bersama geng mana pun. Yang penting aku dapat meneruskan pengajian). Selain aku, KJ juga mengenali pelajar OKU lain, Iza dan Wong, yang juga tinggal di Desasiswa Aman Damai. KJ berpendapat kami perlu jaringan sokongan sosial yang lebih kuat terutamanya daripada kalangan pelajar.

KJ mula sembang dengan pensyarah-pensyarah kami akan keperluanku. Salah seorang pensyarah yang lebih suka dikenali Captain telah memberi respon yang positif. Captain juga tahu pelajar OKU lain yang tinggal di Desasiswa Aman Damai memandangkan dia seorang penolong pengawa desasiswa tersebut pada masa itu. Kebetulan dia juga penasihat KP yang sememangnya ingin membantu orang. Dia ajak aku dan KJ menyertai KP agar kami seterusnya boleh mengajak ahli-ahli KP membantu OKU. Dengan ini, bukan aku saja ada sokongan sosial yang lebih kuat, tetapi pelajar-pelajar OKU lain juga boleh mendapat sokongan. Captain dan KJ terus berbincang macam mana nak wujudkan sokongan sosial yang lebih baik bagi OKU. Akhirnya KJ telah mencadangkan Kem Mesra OKU.

Pada awal semester kedua, KJ telah mengusahakan Kem Mesra OKU selama 3 hari 2 malam (Jumaat hingga Ahad) di Kegiatan Sukan Air Tanjung Bunga. Harap anda jangan salah faham akan konsep Kem Mesra OKU tersebut. Kem tersebut bukannya mesra dari segi aksessibiliti iaitu tempat yang kami adakan kem bukannya mesra OKU, tetapi mesra dari segi sosial di mana peserta-peserta kem bermesra dengan pelajar OKU, menyedari keperluan-keperluan kami seterusnya berkawan rapat dengan kami serta membantu kami.

KJ ajak rakan-rakan yang sekursus dengan kami. Iza ajak rakan-rakannya. Aku, Captain, KJ, Iza, Wong, rakan-rakan kami dan beberapa orang lagi menyertai kem tersebut. Ada antara kami telah menyertai KP dan ada yang belum. Aku dan KJ masih belum menyertai KP lagi.

Pada malam pertama, peserta-peserta memperkenalkan diri masing-masing dan berkongsi pandangan dan pengalaman yang berkaitan OKU. Ada yang pernah membantu OKU, ada yang hanya pernah membantu ahli keluarga yang uzur, ada yang hanya pernah melihat OKU dan menegur sapa saja dan sebagainya. Pada dua hari yang seterusnya, OKU dan juga rakan yang telah membantu kami OKU berkongsi dengan peserta-peserta lain akan cabaran-cabaran kami, kami semua sama-sama berbincang tentang keperluan-keperluan pelajar OKU dalam kampus, strategi-strategi mewujudkan sokongan sosial terhadap pelajar OKU yang lebih kuat terutamanya dalam kalangan pelajar kampus dan membantu OKU.

Sepanjang tiga hari tersebut, peserta-peserta bukan OKU dan OKU melakukan aktiviti bersama... tidur bersama dalam dorm, makan bersama, berbarbecue dan sebagainya selain berbincang. Mereka bergilir-gilir membantu kami yang OKU. Menemani atau memimpin kami menaiki dan menuruni tangga (dorm kat tingkat atas), memimpin kami berjalan-jalan tepi pantai, mengambil makanan dan minuman untuk kami dan membantu apa-apa yang kami perlu. Dalam masa tiga hari, mereka telah mengenali kami OKU dengan lebih rapat dan memahami keperluan-keperluan kami.

Berkayak pada pasir...hehehe...saja ambil gambar

Lepas balik daripada kem, aku dan KJ serta beberapa peserta lain terus menyertai KP. Dengan ini, KP mula misi baru iaitu membantu OKU dalam kampus.

~chin2~

Monday 19 September 2011

Hari Interaksi bersama Ahli Baru KP

Aktiviti: Hari interaksi bersama ahli baru KP
Tarikh: 17 Julai 2004
Tempat: Tasik Harapan

Time nih..semua masih baru.. masih blur..blur lagik..huhu..Tetiba lak cik wid & kawan-kawan dijemput ke acara ini..hehe...Join sajalah.. banyak gak aktiviti menarik yang dijalankan. Disamping dapat berkenalan dengan warga USM..khususnya warga KP-USM tahun 2004.

Mari melihat gambar & kembalikan nostalgia KP..2004... 

Cik Wid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...