Sunday 14 August 2011

My KP Chronicles Part 3: The New Born

The KP USM (KELAB PENYAYANG) Is HERE

Logo Penyayang cetusan Yayasan Budi Penyayang Malaysia

Sebelum aku mulakan cerita aku ni. Just wanted to say that aku teruja untuk meneruskan Chronicles aku ini. Memandangkan respon dan komen yang terbaik (terharu sampai nangis). Sampai part berapa My KP Chronicles ini? Aku sendiri juga masih belum pasti. TERIMA KASIH atas sokongan yang diberikan.

So inilah ceritera ku…

Sudah tidak ku ingat ingat berapa haribulan dan hari ape, tapi aku diminta hadir ke Dewan Budaya untuk satu function. Seperti biasa, aku menghadirkan diri - dapat layanan istimewa gitu. Tapi aku pergi sekejap sajer sebab bosan.

Tapi, disitu lah permulaan - Kelab Penyayang USM (KP) dilahirkan. 1st meeting aku tak kena invite pun untuk lantikan 1st ever KP community.  Tapi setahu aku, penasihat ada dua orang, seorang penasihat berketurunan India yang aku tak ingat nama dier, 2nd one is the best ever KP Advisor - The Legendary Captain Dr. Reevany Bustami (tepuk2… Mexican wave on da way).

Pengerusi pun aku tak ingat nama dier, budak Science Comp, pastu ada Kak Yati, Fazri dan yang lain-lain, kecil jer komuniti hero-hero tu…

Buat pengetahuan korang sumer yg tak tau, tahu tapi lupa, memang lupa atau yang sewaktu dengannyer, tujuan sebenar KP pada asalnya adalah seperti berikut:-

  1. _______
  2. _______
  3. _______

Alamak!! - aku sebenarnya terlupa (cakap orang, sendiri pun lupa :). Sori la beb, aku sudah hilang memori part yg ini. Aku dah gune system carian Microsoft, buffering dan pelbagai technology pun tak boleh nak meng-recover dah. (msg ikhlas dari editor - kepada hero KP seantero alam yang masih ingat, sila-silalah kongsi matlamat dan tujuan asal KP ini).

Pada firasat aku, sebab musabab aku lost memori kat sini adalah kerana setiap kali aku cuba, try, test ingat - aku cuma ingat SATU sahaja tujuan tulus ikhlas murni lagi suci yang masih dikekalkan oleh The Golden Age KP Generation @ Generasi Emas KP iaitu Menyebarkan Kasih Sayang, evolusi dari cetusan idea captain yang asal iaitu Spread The Love.

Korang nak tau siapa yang ada dalam list The Golden Age KP Generation @ Generasi Emas KP ini? Aku sambung later lah, sebab aku nak pergi goreng cempedak untuk buat bebuka pose nanti…

Inilah ceritera ku… USM la yang mengajar ku OKU…

To Be Continued…..


prof.striker


1 comment:

  1. Pergh... Ayu....
    Aku ingat ko ingat part tujuan tu.... heheheh
    Seriusly aku mmg lupa part tujuan tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...