Saturday 23 July 2011

Umur Bukan Penghalang Untuk Terus Berbakti

Selepas melihat-lihat tukang masak yang sedang sibuk memasak lauk-pauk, Encik Saw berjalan meninggalkan Kafe milik Koperasi OKU Pulau Pinang yang berada di dalam kawasan Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy Pulau Pinang (SCAP). Semasa meninggalkan Kafe, beliau menyusun beberapa buah kerusi yang kelihatan tidak teratur. Kemudian beliau pergi ke bahagian belakang SCAP untuk memerhatikan seorang pekerja OKU yang sedang menanam cili. Beliau berjalan menghampiri pekerja tersebut lalu menerangkan cara-cara menanam cili yang betul sehingga pekerja tersebut faham. Selepas itu, beliau berjalan masuk ke dalam pejabat SCAP lalu duduk di tempatnya. Beliau meneliti beberapa fail yang berada atas mejanya. Lepas itu, beliau menelefon seseorang untuk berbincang sesuatu yang berkaitan dengan Charity Food Fair yang bakal diadakan tiga bulan lagi. Pada petang itu, beliau dan dua orang lain memunggah barang-barang jualan ke dalam keretanya untuk di bawa ke booth yang diberi percuma oleh sebuah pihak pasaraya untuk digunakan pada hari sabtu dan Ahad nanti.

Adakah anda tahu siapa dan berapa umur Encik Saw? Untuk makluman anda, Encik Saw bukan merupakan pemuda yang berumur 30-an atau 40-an. Malah, beliau juga bukan lelaki yang berumur 50-an. Sebenarnya, beliau merupakan seorang warga emas yang telah berumur lebih kurang 78 tahun.

Berbeza dengan warga emas lain yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa berehat di rumah bersama-sama teman hidup, anak-anak dan cucu, berlepak dengan rakan-rakan, bersiar-siar dan melancong, beliau melaungkan kebanyakan masanya di SCAP. Beliau bekerja secara sukarela tanpa mengira waktu. Beliau masih berada di pejabat walaupun lepas waktu pejabat. Adakalanya hari Sabtu dan Ahad pun beliau datang ke pejabat untuk menguruskan sesuatu. Beliau juga ke sana sini menghadiri mesyuarat atau berjumpa orang untuk berbincang sesuatu.

Aku difahamkan bahawa beliau mula berkecimpung dalam aktiviti kesukarelawan sejak zaman muda lagi. Pada masa itu, beliau mula menganjurkan kutipan derma bagi membantu orang miskin. Beliau juga merupakan seorang pakar dalam menganjurkan charity food fair. Beliau juga pernah menasihati lebih daripada 30 buah NGO dalam menganjurkan food fair.

Beliau telah melibatkan diri dalam SCAP sejak tahun 80-an di mana beliau menjadi salah seorang ahli jawatankuasa. Beliau sentiasa berusaha untuk mendapatkan dana bagi memajukan SCAP. Beliau juga berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada kanak-kanak CP.

Pada tahun 2005, beliau telah mengambil inisiatif menubuhkan Koperasi-OKU-Pulau-Pinang-Berhad (nama asal ialah Koperasi Cerebral Palsy Pulau Pinang) untuk menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada OKU. Sebagai Presiden, beliau sentiasa berusaha memajukan koperasi tersebut demi kebaikan OKU. Beliau telah mengusahakan beberapa projek termasuk projek kitar semula, kedai serbaguna, dobi, projek penanaman cili dan kafeteria.

Apabila Persatuan adakan pesta amal makan atau jualan amal, boleh dikatakan beliau merupakan orang yang paling sibuk. Beliau akan berada di sana sepanjang hari untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Begitu juga apabila Koperasi mengadakan jualan di sesuatu tempat, beliau akan membawa barang-barang jualan ke sana, menggantungkan banner, bersama-sama menjual barang-barang dan berkemas.

Aku betul-betul kagum akan pergorbanan beliau terhadap OKU lebih-lebih lagi pada usia ini. Banyak orang muda mungkin juga tidak sanggup berkorban seperti beliau. Beliau merupakan salah seorang ’hero penyayang’ yang dikagumi.

~chin2~

Tuesday 19 July 2011

"Siapa boleh bantu?" "Saya"

Diariku pada 11 Jun 2003…

Sudah 3 hari semester pertama bermula. Aku masih belum dapat kawan sekursus yang boleh membantu...membawaku berulang-alik antara asrama dan dewan kuliah. Seorang PPMS, Zaleha terus membantuku walaupun minggu suaikenal telahpun berlalu. Dialah yang menghantarku ke kuliah. Namun, aku tidak boleh terus bergantung padanya kerana dia mempunyai tanggungjawab sendiri sebagai seorang pelajar. Dalam masa yang sama, aku ingin terus belajar dan tinggal dalam kampus. Aku perlu menyelesaikan masalah ini segera.

Pada malam itu, saya mengikuti Kuliah Pengantar Isu-Isu Ekonomi bersama-sama beratus-ratus pelajar lain. Aku meminta Zaleha membuat satu pengumuman agar dapat mencari kawan yang boleh bantuku. Dengan kebenaran pensyarah, dia membuat pengumuman sebelum kuliah bermula.

“Saya buat pengumuman ini bagi pihak Chin2 yang merupakan seorang OKU. Siapa di sini belajar Sains Kemasyarakatan dan tinggal di Aman Damai? Siapa sudi membawa Chin2 berulang-alik dari Aman Damai ke kelas?”

Jika tak silapku, tiada sesiapa pun yang berani mengangkat tangan pada ketika itu. Tidak boleh salahkan mereka memandangkan kebanyakan mereka juga pelajar tahun pertama masih belajar menyesuaikan diri dalam kampus.

“Sesiapa yang boleh bantu, sila datang ke depan untuk bertemu Chin2 selepas kuliah ini,” kata pensyarah sebelum memulakan kelas.

Setelah kuliah tamat, beberapa orang telah datang berjumpa denganku untuk berbincang bagaimana mereka boleh membantuku. Salah seorang yang ialah Kak Jameyah yang lebih dikenali KJ. Dia bukannya penghuni Aman Damai, tetapi tinggal di luar USM. Walaubagaimanapun, KJ dengan sukarelanya menawarkan bantuannya untuk membawaku dengan keretanya. Aku berasa lega.

KJ telah membantuku sejak malam itu. Dia datang ke Aman Damai untuk membawaku ke setiap kelas, memimpin tanganku untuk berjalan dari tempat letak kereta ke dewan kuliah dan bilik tutorial, dan selepas kelas dia akan menghantarku balik ke asrama. Selain kuliah dan tutorial, dia juga membawaku ke perpustakaan, kafe, bank dan sebagainya untuk pelbagai urusan. Dia bukan membantuku sehari dua atau beberapa minggu saja. Namun, dia telah bantuku sepanjang pengajian kami selama tiga tahun.

Jika bukan kerana Hero Penyayang ini, aku tidak dapat membayangkan bagaimana aku ingin meneruskan pengajianku.

~chin2~

My KP Chronicles (Part 1): The Beginning

Aku tengah cari idea untuk memulakan ceritera ku ini. Memandangkan tempoh pertapaanku di menara gading bernama Universiti Sains Malaysia (USM) ini terlalu lama. 5 tahun la juga aku bertapa. Banyak kenangan yang tersemat di jiwa raga ku ini. Jadi  aku cuba untuk break-up My KP Chronicles ini kepada beberapa part supaya ia tak terlalu panjang dan tak membosankan. Ada certain-certain cerita ni sudah diketahui dan ada gak yang tidak diketahui ramai. Jadi aku ingin berkongsi My KP Chronicles ini bersama semua orang.

1 June 2003 itula detik permulaannya. Aku dilahirkan sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia. Betapa gumbira rasanya hati ini dapat masuk ke menara gading ini. Hanya Tuhan saja yang tahu. Aku dikehendaki mendaftar di Desasiswa Gemilang (Desasiwa Cahaya Gemilang - kalau tukar nama lagi aku tak tahu lah). Biasa la budak 1st year student ni nak mendaftar masuk desasiswa kena la beratur panjang. Dah la panas, sampai berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Tengah aku beratur aku ditegur oleh PPMS yang bertugas kat situ, aku dah tak ingat siapa nama dia (perempuan la),

“Mari ikut saya, kamu tak perlu beratur, kamu boleh terus naik ke pejabat” kata kakak PPMS tu.

Tapi aku menolak dengan cara yang baik sebab nak merasa 1st day aku macam orang normal dan tidak dilayan sebagai OKU (semasa tu aku tak tau pun ada term tu).

Sakit kepala kakak tu sebab aku berkeras tak nak ikut cakap dia. Lepas tu aku tengok gelabah semacam kakak tu. Kelam kabut gila dia berlari sana sini cari seseorang. Lepas tu datang la bos PPMS incharge kat situ, ingat lagi nama dia Zulkifli Che Husin aka Abe Yoh. Ayat lebih kurang sama juga keluar dari mulut dia, selepas beberapa kali negotiate aku mengalah.

Start dari situ bermula lah sesi orientasi aku dengan aku memotong line dalam apa jua situasi yang mendatang seperti berikut :

Situasi Pertama: Ambil Souvenir
Orang ambilkan siap dipegang dan dibawa lagi oleh PPMS yang incharge untuk jaga aku.

Situasi Kedua: Masa Mendaftar Kursus
Aku adalah orang pertama yang ambil kad matrik selepas briefing oleh pegawai Pusat Pengajian. Lepas terus balik bilik dan zzzzzzzz….. Kesian pula aku tengok yang lain-lain kena tunggu habis semua baru boleh balik.

Masa daftar kursus pun sama juga. Aku yang 1st mendaftar kursus, lepas aku habis baru orang lain boleh daftar (hahahahaha). Dan banyak lagi la, nanti aku bagitau lagi - nanti takut orang dengki pula (hehehehe).

Baru la aku tau aku ni dikategorikan sebagai OKU. Paling best sekali PPMS boleh tertanya-tanya pula macam mana aku boleh tercampak kat desasiswa Gemilang bukannya desasiswa Aman Damai. Risik punya risik, tanya punya tanya, rupa-rupanya masa aku mendaftar UPU dulu aku tak declare aku OKU. Mana lah aku tau……

Jadi begitula lebih kurang ceritera ku - permulaan hari-hari pertapaan ku di USM. USM la yang mengajar ku OKU……


To be continue...                                 





Sunday 17 July 2011

Jiwa Dia Ada Rasa Lain Sikit

The Star, May 23rd, 2011 - Front Page


Ok. Disini, perlu la saya nak katakan, manusia dilahirkan berbeza-beza, bermacam-macam. Ada ibu, ada ayah, ada anak dan pelbagai manusia lagi. Tiga tu cukuplah dulu; ibu, ayah, anak - merangkumi semua manusia...

Ini adalah cerita tentang seorang ayah. Anak dia orang kelainan upaya tapi..... ada tapi disini... rupa-rupanya, ayah dia pula orang kelainan jiwa. Sila lihat video ini dan sila ter-inspirasi (penulis sedang tersengeh sekarang... nak bagi tau juga :)).



Alkisahnya,

Seorang anak bertanya pada bapanya, "Ayah, boleh tak kalau ayah menyertai perlumbaan marathon bersama saya?"

Bapanya, yang mengalami masalah jantung menjawab "Ya".

Mereka dapat menyudahkan perlumbaan marathon itu sehingga ke garis tamat bersama-sama.

Selepas perlumbaan marathon yang pertama itu, mereka menyertai perlumbaan marathon yang lain. Bapanya tidak pernah berkata "Tidak" dan menyertai perlumbaan itu bersama anaknya.

Suatu hari, anaknya bertanya, "Ayah, boleh tak kalau ayah menyertai perlumbaan Ironman bersama saya?"

Seperti biasa, ayahnya tiada kuasa untuk menolak. Dia hanya berkata "Ya".


Bagi sesiapa yang tidak tahu, Ironman adalah triathlon
yang paling sukar. Perlumbaan ini meliputi tiga acara yang amat sukar termasuk berenang di laut sejauh 3.86 kilometer, diikuti dengan berbasikal sejauh 180.2 kilometer dan berakhir dengan marathon sejauh 42.195 kilometer sepanjang pantai Big Island.

Ajaibnya, bapa dan anak itu dapat menyudahkan perlumbaan Ironman itu bersama-sama.



Nak kena bagitahu, saya rompak ini semua dari facebook Nama Nama Islam. Terima kasih banyak-banyak.

p/s Penulis sedang lap-lap airmata - mata tertumpu pada screen laptop yang sedang "play" video diatas.



::: pena iman nur aima~



Awek Cool dan St. Nich

Sedang aku feeling-feeling, minum Vico panas bancuh sendiri. Minda aku yang macam filem hitam putih ini melayang-layang ke suatu masa dahulu. Tahun 2006 kalau tak salah (flashback... flashback).

Seorang awek Cool berada di dalam bilik hostel K07 sedang bersiap-siap sambil merungut dalam hati (salah sendiri nak buat macam mana, siapa suruh mandi lama sangat). Jam di dinding menunjukkan 8.01 pagi, awek Cool sudah terlewat. Pintu bilik kedengaran di ketuk-ketuk. Ya, tu diaaaa... VIP sungguh awek Cool sampai siap orang kena jemput dia depan bilik.

“Aku nak keluar dah ni... sabarrrr laa, ok jommm” laung awek yang memang Cool lah - pump Mary Janes kegemaran disarung ke kaki. Berdesup awek Cool berlari terus menaiki bas yang bersiap sedia di depan kafe Aman. Meskipun lewat, rakan-rakan hero masih setia menanti (itulah dia semangat setia keperwiraan). Bas yang super power cop USM pun terus bergerak menuju ke destinasi- St. Nicholas' Home Penang.

FAKTA

JUMLAH HERO: Sewaktu awal projek rumah angkat kelab penyayang USM bergiat aktif, bas tak penuh pun. Jumlah hero boleh dikira tapi semangat - infinity. Lama-lama, jumlah hero meningkat – Maka Masih! aku percaya dunia ini sangat indah kerana ramai yang masih prihatin.

MATLAMAT HERO: Semangat sukarelawan yang super power dicurahkan untuk St. Nicholas Home Penang. Kalau ada yang masih ingat, kita semua gotong-royong, bawa adik-adik St Nich. jalan-jalan, kita masak lunch dan pelbagai lagi yang saya yakin aktiviti berfaedah.

Berbalik kepada cerita awek Cool, hero and the geng, mereka memang ada sifat super power hero, sila percaya dengan  melihat bukti-bukti dibawah:

Hero-hero sekelian posing di depan St. Nich - cuba cari awek Cool disini - itu pon kalau jumpa lah

Hero-hero sedang merenung masa depan

Semangat MPPP - kutip sampah sambil senyum


Hero bersama dengan adik-adik St. Nich - "kita pernah gembira bersama suatu masa dahulu"


Hero yang posing cuci ladies finger untuk buat kari

Tuu diaaa...potong bawang ke abang???

Ini abang Fazry - abang kegemaran awel Cool - mana abang Fazry la ni ek?

Hero besar posing dengan hero kecil

Hero dengan adik Siti - awek Cool rindu dengan adik Siti

Kari sedap resepi Abang Fadhil

Ni diaaaaa.... bas super power cop USM - depan tu, hero kegemaran malaya - Pak cik Mat dan Wheeellchaarrr 

Kalau para hero sekelian masih ingat - adik yang pakai baju merah (tengsh), he is completely blind  and completely deaf

aktiviti - cuba test try if you are blind
Kelab Penyayang - we care, we always do

Sebagai kesimpulannya, awek Cool meluahkan rasa yang terpendam sekian lama,

“Sebab gua selalu pergi St Nich jumpa adik-adik yang buta, bisu, pekak... Untuk itu, gua jadi sedar, gua ini bertuah juga.. Kalau gua rasa mahu terjun bangunan, gua akan terkenang adik Siti... Gua dengan dia kamcing satu masa dulu. Nak jadi cerita, Ogos 2007, gua konvo, gua kena balik kampung, kampung gua dekat selatan. Utara – Selatan, gua terpisah jua dengan adik Siti. Sekeras-keras hati gua, mengalir juga airmata di Subuh Ramadhan merindukan adik Siti. Gua nak minta maaf banyak-banyak dengan adik Siti sebab  gua langsung tak jenguk dia lagi (bergenang ayaq mata). Jauh di sudut hati gua, gua doakan adik Siti sentiasa bahagia. Gua chooww dulu, tak cool la gua nanges-nanges sorang-sorang dekat sini”.

Once a hero, always be a hero... Once a penyayang, always be a penyayang.

::: pena iman nur aima~



Jiwa Hero Ke-Satu: Cik Sakura

Disuatu jumaat yang terang, tiba-tiba, saya mendapat ilham, entah dari mana datangnya. Lalu saya berkata kepada orang meja sebelah “kamu, meh sini sat! dok tengok cite korea je kejenye!... meh nak kasi keje... nahh amik... jawab soklan nieh!”

Pergh... garang sangat saya... sangat tak sesuai. Nak minta tolong orang kene la baik-baik. Reverse and let’s do it again :) Lalu saya kata “Cik Sakura yang comel (memang dia comel pon), nak minta kamu tolong jawab 4 soalan, boleh ek?” (sambil muka tersenyum-senyum berseri).

Cik Sakura pun dengan suka rela hati tanpa paksa meng-pause cerita korea yang ditonton, lantas membuka Microsoft Office Word, soalan ditenung dan keadaan menjadi hening seketika, yang ada cuma bunyi papan kekunci yang di tekan-tekan.

Cik Sakura, 23 tahun (nama glamer) menjawab dengan sepenuh hati, berikut ialah jawapan beliau:

Apa yang anda faham tentang terma OKU?
OKU adalah singkatan kepada Orang Kelainan Upaya ataupun Orang Kurang Upaya. OKU merujuk kepada insan-insan istimewa yang mungkin dimata sesetengah orang merupakan kekurangan namun, untuk sesetengah pihak lain, insan-insan ini merupakan insan yang bertuah dan memerlukan perhatian dan bimbingan yang sewajarnya.

Siapakah insan OKU yang anda kagumi? dan kenapa?
Atlet Powerlifting Malaysia - Siow Lee Chan. Beliau pernah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi pingat gangsa dalam temasya terbesar dunia Sukan Paralimpik Beijing 2008. Menjalani kehidupan yang agak sukar dahulu, namun kita boleh berbangga dengan kejayaan beliau. Walaupun beliau merupakan OKU namun, semangat beliau perlu dijadikan inspirasi. Siow Lee Chan juga merupakan ibu kepada 2 cahaya mata dan kini beliau sudah memiliki sebuah kedai jahit yang dibuka bersama enam orang adik-beradiknya.

Adakah jiwa anda memiliki sifat kesukarelawan?
Bukan untuk mendabik dada tetapi insyaallah saya mempunyai sifat kesukarelawan dalam diri saya. Sifat kesukarelawan ini boleh dipupuk di dalam diri setiap individu. Alhamdulillah saya dibesarkan dan dididik untuk tidak mengharapkan balasan demi sesebuah pekerjaan mahupun kebaikan yang dilakukan.

Magic word untuk diucapkan kepda rakan-rakan OKU?
Amazing! Mereka adalah insan-insan yang sangat menakjubkan.

Ok. Sampai disitu sahaja dahulu kerana masa saya mereka-reka soalan untuk dijawab oleh para hero sekelian, perut saya sedang lapar (betul punya lapar). Tapi lambat juga saya pergi lunch kerana semangat super power meng-interview kakak comey demi menjamin masa depan entry seterusnya di blog ini. Kesimpulannya, anda juga cubalah jawab soalan-soalan di atas ek - kerana apa yang kita fikirkan - it's count - ianya dikira. Prof Izzi Hj A'li berkata "renung-renungkan dan selamat beramal".

p/s Cik Sakura adalah hero pertama yang menjawab soalan ini, lepas ini akan ada hero ke 2, ke 3, ke 4, ke 5, ke 6, ke 7, ke 8... ok....nanti-nanti kita kira. Hero itu mungkin anda.

::: pena iman nur aima~ 


Pecahkan Ruyung

Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung
Manakan Dapat Sagunya


Salam hormat semua. This is the first entry. 1st. Yes. Jadi saya tak akan cakap banyak, kita tunggu, kita lihat, kita proaktif dan kita teruskan menjadi hero.

Perkara serius saya nak cakap. Sangat serius nieee ialah "Terima kasih, Thank you, Nandrii, Xie Xie, Arigatogozaimass, Kamsahamida, Shukran". Terima kasih sahaja dulu ek. Terima kasih untuk apa? Saya sendiri belum pasti. Mungkin nanti kita boleh buat kupasan tentang Terima Kasih itu (smiiilllessss).

Ok. Sampai disini sahaja. Teruskan sokongan anda sekelian. Next entry kita akan ada sesuatu yang WOWing. Memang wowing. Ini serius tak tipu...

::: pena iman nur aima~



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...