Sunday 13 November 2011

sukaneka kanak-kanak tadika..


Akitiviti:               Sukaneka Tadika Pulau pinang 
Tempat:               Sekolah Kebangsaan  Minden Height, Pulau Pinang
Tarikh:                18 September 2004
Penglibatan:        lebih kurang 40 orang ahli Kelab penyayang
   lebih kurang 300 orang  Kanak-kanak dan ibu bapa

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menambah tabung kelab dan membantu pihak yang terbabit dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu ahli KP dapat Mendekatkan diri disamping menyumbangkan tenaga untuk membantu masyarakat sekeliling

Jualan Amal yang di adakan adalah sempena Hari sukan dan Keluarga yang diadakan oleh pihak Taska/Tadika Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Taman Keluarga Murni Sdn. Bhd.  Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Masrah Abidin, isteri Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Kelab Penyayang menjalankan jualan makanan pada hari tersebut.. pelbagai makanan segera dijual khas untuk peserta & ibu bapa yang hadir.

Kanak-kanak juga kelihatan gembira menyertai acara sukan & bertanding untuk tadika masing-masing. Mereka kelihatan sangat comel dalam pakaian sukan yang beraneka warna.. Tahniah juga kepada ibu bapa yang sanggup turun padang menyokong penglibatan anak-anak dalam aktiviti sihat ini.

Pihak Kelab Penyayang USM telah mendapat sumbangan sebuah kerusi roda dan wang tunai sebanyak RM1500.00 hasil daripada Jualan Amal yang diadakan.  Ahli-ahli kelab telah bersama-sama melibatkan diri dalam pelbagai acara yang dijalankan. 

Program ini telah memberi peluang kepada ahli kelab untuk bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling dan masyarakat juga telah  mula mengenali Kelab Penyayang USM.  Program ini telah memberi kesan yang mendalam kepada semua ahli dan juga telah berjaya menambah kewangan kelab. 













< CiK WiD.... >

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...