Sunday 13 November 2011

Dia..



Dia..
Sahabat ku..
Walau punyai kekurangan..
Namun ku tak pernah merasakan kekurangannya...

Dia..
Ku cuba mengenalinya..
Rapat dengannya...
Mendengar kisahnya..

Dia..
Anak perempuan pertama dalam keluarga..
Punyai tanggungjawab yang berat..
Sedari kecilnya sering berusaha ringankan beban ibu..
Menjaga adik-adik yang kecil..
Membuat semua kerja rumah..
Hingga kadang kala terpaksa ponteng sekolah
Ekoran masalah keluarga..

Dia..
Sangat tekun & rajin membantu keluarga..
Sering melebihkan ayah ibu...
Mengutamakan adik-adik..
Lebih dari diri sendiri..
Lebih daripada pelajaran & persekolahannya...

Namun,
Suatu hari hidupnya berubah
Apabila mendapat tahu dia mempunyai masalah tulang belakang..
Atau dikenali sebagai skoliosis...
Sejak itu, dia mudah diserang sakit..
Menghadapi masalah telinga..
Sakit kulit.. dan pelbagai lagi..

Dia yang periang..
Mula menjadi pendiam..
Merasakan dia hanya menyusahkan keluarga..
Banyak duit telah dihabiskan untuk merawatnya..
Banyak masa & perhatian yang diperuntukkan buat nya..
Menyebabkan ibu ayah kurang fokus pada adik-adik lain..

Namun,
Siapalah dia untuk melawan takdir..
Dia redha menerima segalanya..
Dalam masa yang sama
Dia berusaha untuk sembuh
Demi membantu keluarga..

Dia..
Perempuan penyayang..
Amat rapat dengan ibunya.. keluarganya..
Amat mudah mengasihi sahabatnya..

Dia..
Gadis ceria..
Sering bergelak ketawa & ceriakan suasana

Dia..
Perempuan yang kuat..
Menempuh apa jua yang mendatang..

Namun..
Ku masih tetap risaukannya..
Kerana ku tahu..
Malam-malamnya tidak selalu tenteram..

Kadang ku terbagun di tengah malam
Untuk perhatikannya..

Sapukan minyak panas..
Ku urut belakangnya..Seluruh tubuhnya..
bila dia rasa tidak selesa.. sakit sendi..

jika dia mengadu sejuk tangan & kaki..
ku cuba menghangatkannya..
berusaha gosok tangan & kakinya hingga dia terlena..

dia..
kelihatan sangat comel bila sedang tidur..
riak wajahnya tenang..
namun ku tahu..
di dadanya tersimpan sejuta perkara yang ditutup kemas..
masalah keluarga.. kekasih.. teman kuliah..pelajaran..
kesakitan emosi & fizikal.. jarang dikongsi bersama..

dia..
sahabat ku.. yang kelainan upaya..
memang dia LAIN...
lain dari yang lain..
amat berbeza dari ku..& juga kau

kerana dia...
dia mampu menerima & menelan kebenaran & rialiti hidup..
dia dapat bertahan menjadi dirinya sehingga kini..
dia tetap terus hidup.. menjalani kehidupan dunia dengan berani..

kau & aku..?
jika kita di tempatnya..
mampukah kita?
Menjadi sepertinya?
Atau lebih baik daripadanya??

Kerana itu..

Dia..
Amat istimawa di hati ku..

Dia..
Banyak menyedarkan & mendidik ku...

Dia..
Sahabat ku..dari dahulu..kini & akan datang..

Dia..
Hanya satu..Tiada duanya..

Dia..
sentiasa tersemat di hati ku..



“HAi orang yang hidup menderita di bumi
kerana didera kelaparan, kesempitan, kesengsaraan, penderitaan, kefakiran & penyakit.. bergembiralah,
kerana sesungguhnya engkau bakal kenyang, bahagia, senang & sihat.”
(Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)



Info berkenaan skoliosis :



< cik WID.. >


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...