Sunday 13 November 2011

Mai ungkit kisah Kem Mesra di Bukit Merah


Aktiviti:                        Kem mesra OKU
Tempat:                       Bukit Merah Lake Town Resort
Tarikh:                         17-19 Disember 2004
Jumlah peserta:            40 orang

CiK WiD sebenaqnya dah lupa ingatan akan program ini, kerana dah terlalu lama. Yang CiK WiD ingat kita adakan perbincangan di dewan yang disediakan. Yang paling best ada Jungle Tracking..(kalau tak silap dibuat tengah malam atau awal pagi..huhu) dapat kita lihat bagaimana OKU turut serta dalam aktiviti yang mencabar ini.. & bagaimana keprihatinan sabahat untuk membantu para OKU meredah hutan belantara.

Ketika itu CiK WiD berada di belakang Daniel, betapa payah Daniel hendak melintas titi kecil, namun Berjaya juga dengan bantuan sahabat penyayang. Tahniah Daniel!

Kak Chin pula, kalau tak silap CiK WiD, dia siap di dukung lagi.. begitu bersemangat peserta kem mesra kali ini.

Aktiviti yang tidak kurang hebatnya..adalah mencipta rakit daripada pelampung besar.. aktiviti berkumpulan ini mampu menyerlahkan sikap saling bekerjasama & semangat berkumpulan.

Malangnya CiK WiD tak dapat turut serta dalam aktiviti tersebut, demam kot..hehe... Oleh itu, CiK WiD & sorang kawan telah dibawa ronda-ronda naik bot..oleh pokcik bot yang baik hati.. hehe...

Seronok sangat naik bot lelaju..sakan beri sokongan kepada semua kumpulan..teriak sampai habis suara.. sambil tangkap gambar mereka beraksi mendayung rakit mengejar kemenangan.. dapat hamper besaq tuh.. wakaka... best..best.. best..

Selain itu, ada acara barbeque di malam hari.. hehe..siap ada clown mai buat belon tuk kami..wakaka.. kenyang makan.. senang hati.. hehe

Tu saja yang CiK WiD mampu ingat..hehe..

Lihatlah gambar yang dilampirkan..semoga dapat flesh back kenangan lama..hehe

Kenangan itu pastinya tersimpan kemas di hati setiap peserta yang hadir. Begitu juga semangat kerjasama & saling memerlukan antara OKU & sahabat OKU..

Buat ahli baru & ahli lama.. juga yang menyertai KP ketika program ini berlangsung.. tidak kira lama atau baru.. anda adalah ahli KP.. setiap satu daripada anda.. adalah sebutir bintang.. yang bila dikumpul semua bintang-bintang itu.. pasti mampu menjadi lampu stadium yang menerangi stadium dunia saat pemain memulakan corak permainan & disaksikan berjuta penonton seluruh dunia...


i) Captain bersama ahli KP sedang tekun berdiskusi.

 ii) Captain & Encik Mohd. Fadzil (Presiden KP) sedang memberi penerangan

iii) Puan Jamiyah CEO-KP, Captain, Khai, Ja, Mizu & Kak Iza..















< cik WID.. >

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...