Sunday 13 November 2011

Berbuka Puasa bersama ahli Penang Deaf Assosiation


Aktiviti:                 Berbuka puasa bersama Penang Deaf Assosiation
Tempat:                Kompleks Masyarakat Penyayang
Tarikh:                  15 Oktober 2005

Pada malam tersebut beberapa wakil daripada KP telah dijemput untuk berbuka bersama ahli persatuan Penang Deaf Assosiation. 

Kami berkenalan dengan ketua persatuan tersebut (lelaki cina, dah tak ingat nama beliau-sila rujuk gambar-berkemeja kotak-kotak & berkaca mata) dan seorang kakak yang juga merupakan penyampai berita (Bahasa Isyarat)  RTM, sila rujuk gambar, beliau berbaju kurung merah bertudung coklat.

Setelah makan dan beramah mesra kami membeli buku bahasa Isyarat yang dijual oleh persatuan ini. Buku tersebut masih CiK WiD simpan hingga kini.. buku tersebut amat menarik. Mungkin selepas ini kita dapat berkongsi, belajar bahasa isyarat di blog ini.

Banyak ilmu baru dan pendedahan yang diberikan tentang insan bermasalah pendengaran, semoga mereka terus gigih berusaha dan memajukan diri. & semoga persatuan ini mampu membantu & member sokongan padu pada insan yang memerlukan.. Insyaallah..

Terima kasih pada Kak Asmak dan persatuan ini, kerana member peluang kepada kami untuk turut serta dan mengenali dunia anda..

Sila rujuk gambar yang dilampirkan....







Salam mesra.. ~CiK WiD~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...