Tuesday 19 July 2011

My KP Chronicles (Part 1): The Beginning

Aku tengah cari idea untuk memulakan ceritera ku ini. Memandangkan tempoh pertapaanku di menara gading bernama Universiti Sains Malaysia (USM) ini terlalu lama. 5 tahun la juga aku bertapa. Banyak kenangan yang tersemat di jiwa raga ku ini. Jadi  aku cuba untuk break-up My KP Chronicles ini kepada beberapa part supaya ia tak terlalu panjang dan tak membosankan. Ada certain-certain cerita ni sudah diketahui dan ada gak yang tidak diketahui ramai. Jadi aku ingin berkongsi My KP Chronicles ini bersama semua orang.

1 June 2003 itula detik permulaannya. Aku dilahirkan sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia. Betapa gumbira rasanya hati ini dapat masuk ke menara gading ini. Hanya Tuhan saja yang tahu. Aku dikehendaki mendaftar di Desasiswa Gemilang (Desasiwa Cahaya Gemilang - kalau tukar nama lagi aku tak tahu lah). Biasa la budak 1st year student ni nak mendaftar masuk desasiswa kena la beratur panjang. Dah la panas, sampai berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Tengah aku beratur aku ditegur oleh PPMS yang bertugas kat situ, aku dah tak ingat siapa nama dia (perempuan la),

“Mari ikut saya, kamu tak perlu beratur, kamu boleh terus naik ke pejabat” kata kakak PPMS tu.

Tapi aku menolak dengan cara yang baik sebab nak merasa 1st day aku macam orang normal dan tidak dilayan sebagai OKU (semasa tu aku tak tau pun ada term tu).

Sakit kepala kakak tu sebab aku berkeras tak nak ikut cakap dia. Lepas tu aku tengok gelabah semacam kakak tu. Kelam kabut gila dia berlari sana sini cari seseorang. Lepas tu datang la bos PPMS incharge kat situ, ingat lagi nama dia Zulkifli Che Husin aka Abe Yoh. Ayat lebih kurang sama juga keluar dari mulut dia, selepas beberapa kali negotiate aku mengalah.

Start dari situ bermula lah sesi orientasi aku dengan aku memotong line dalam apa jua situasi yang mendatang seperti berikut :

Situasi Pertama: Ambil Souvenir
Orang ambilkan siap dipegang dan dibawa lagi oleh PPMS yang incharge untuk jaga aku.

Situasi Kedua: Masa Mendaftar Kursus
Aku adalah orang pertama yang ambil kad matrik selepas briefing oleh pegawai Pusat Pengajian. Lepas terus balik bilik dan zzzzzzzz….. Kesian pula aku tengok yang lain-lain kena tunggu habis semua baru boleh balik.

Masa daftar kursus pun sama juga. Aku yang 1st mendaftar kursus, lepas aku habis baru orang lain boleh daftar (hahahahaha). Dan banyak lagi la, nanti aku bagitau lagi - nanti takut orang dengki pula (hehehehe).

Baru la aku tau aku ni dikategorikan sebagai OKU. Paling best sekali PPMS boleh tertanya-tanya pula macam mana aku boleh tercampak kat desasiswa Gemilang bukannya desasiswa Aman Damai. Risik punya risik, tanya punya tanya, rupa-rupanya masa aku mendaftar UPU dulu aku tak declare aku OKU. Mana lah aku tau……

Jadi begitula lebih kurang ceritera ku - permulaan hari-hari pertapaan ku di USM. USM la yang mengajar ku OKU……


To be continue...                                 





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...