Sedang aku feeling-feeling, minum Vico panas bancuh sendiri. Minda aku yang macam filem hitam putih ini melayang-layang ke suatu masa dahulu. Tahun 2006 kalau tak salah (flashback... flashback).
Seorang awek Cool berada di dalam bilik hostel K07 sedang bersiap-siap sambil merungut dalam hati (salah sendiri nak buat macam mana, siapa suruh mandi lama sangat). Jam di dinding menunjukkan 8.01 pagi, awek Cool sudah terlewat. Pintu bilik kedengaran di ketuk-ketuk. Ya, tu diaaaa... VIP sungguh awek Cool sampai siap orang kena jemput dia depan bilik.
“Aku nak keluar dah ni... sabarrrr laa, ok jommm” laung awek yang memang Cool lah - pump Mary Janes kegemaran disarung ke kaki. Berdesup awek Cool berlari terus menaiki bas yang bersiap sedia di depan kafe Aman. Meskipun lewat, rakan-rakan hero masih setia menanti (itulah dia semangat setia keperwiraan). Bas yang super power cop USM pun terus bergerak menuju ke destinasi- St. Nicholas' Home Penang.
FAKTA
JUMLAH HERO: Sewaktu awal projek rumah angkat kelab penyayang USM bergiat aktif, bas tak penuh pun. Jumlah hero boleh dikira tapi semangat - infinity. Lama-lama, jumlah hero meningkat – Maka Masih! aku percaya dunia ini sangat indah kerana ramai yang masih prihatin.
MATLAMAT HERO: Semangat sukarelawan yang super power dicurahkan untuk St. Nicholas Home Penang. Kalau ada yang masih ingat, kita semua gotong-royong, bawa adik-adik St Nich. jalan-jalan, kita masak lunch dan pelbagai lagi yang saya yakin aktiviti berfaedah.
Berbalik kepada cerita awek Cool, hero and the geng, mereka memang ada sifat super power hero, sila percaya dengan melihat bukti-bukti dibawah:
 |
Hero-hero sekelian posing di depan St. Nich - cuba cari awek Cool disini - itu pon kalau jumpa lah |
 |
Hero-hero sedang merenung masa depan |
 |
Semangat MPPP - kutip sampah sambil senyum |
 |
Hero bersama dengan adik-adik St. Nich - "kita pernah gembira bersama suatu masa dahulu" |
 |
Hero yang posing cuci ladies finger untuk buat kari |
 |
Tuu diaaa...potong bawang ke abang??? |
 |
Ini abang Fazry - abang kegemaran awel Cool - mana abang Fazry la ni ek? |
 |
Hero besar posing dengan hero kecil |
 |
Hero dengan adik Siti - awek Cool rindu dengan adik Siti |
 |
Kari sedap resepi Abang Fadhil |
 |
Ni diaaaaa.... bas super power cop USM - depan tu, hero kegemaran malaya - Pak cik Mat dan Wheeellchaarrr |
 |
Kalau para hero sekelian masih ingat - adik yang pakai baju merah (tengsh), he is completely blind and completely deaf |
 |
aktiviti - cuba test try if you are blind |
 |
Kelab Penyayang - we care, we always do |
Sebagai kesimpulannya, awek Cool meluahkan rasa yang terpendam sekian lama,
“Sebab gua selalu pergi St Nich jumpa adik-adik yang buta, bisu, pekak... Untuk itu, gua jadi sedar, gua ini bertuah juga.. Kalau gua rasa mahu terjun bangunan, gua akan terkenang adik Siti... Gua dengan dia kamcing satu masa dulu. Nak jadi cerita, Ogos 2007, gua konvo, gua kena balik kampung, kampung gua dekat selatan. Utara – Selatan, gua terpisah jua dengan adik Siti. Sekeras-keras hati gua, mengalir juga airmata di Subuh Ramadhan merindukan adik Siti. Gua nak minta maaf banyak-banyak dengan adik Siti sebab gua langsung tak jenguk dia lagi (bergenang ayaq mata). Jauh di sudut hati gua, gua doakan adik Siti sentiasa bahagia. Gua chooww dulu, tak cool la gua nanges-nanges sorang-sorang dekat sini”.
Once a hero, always be a hero... Once a penyayang, always be a penyayang.
::: pena iman nur aima~
No comments:
Post a Comment