Sunday 17 July 2011

Jiwa Hero Ke-Satu: Cik Sakura

Disuatu jumaat yang terang, tiba-tiba, saya mendapat ilham, entah dari mana datangnya. Lalu saya berkata kepada orang meja sebelah “kamu, meh sini sat! dok tengok cite korea je kejenye!... meh nak kasi keje... nahh amik... jawab soklan nieh!”

Pergh... garang sangat saya... sangat tak sesuai. Nak minta tolong orang kene la baik-baik. Reverse and let’s do it again :) Lalu saya kata “Cik Sakura yang comel (memang dia comel pon), nak minta kamu tolong jawab 4 soalan, boleh ek?” (sambil muka tersenyum-senyum berseri).

Cik Sakura pun dengan suka rela hati tanpa paksa meng-pause cerita korea yang ditonton, lantas membuka Microsoft Office Word, soalan ditenung dan keadaan menjadi hening seketika, yang ada cuma bunyi papan kekunci yang di tekan-tekan.

Cik Sakura, 23 tahun (nama glamer) menjawab dengan sepenuh hati, berikut ialah jawapan beliau:

Apa yang anda faham tentang terma OKU?
OKU adalah singkatan kepada Orang Kelainan Upaya ataupun Orang Kurang Upaya. OKU merujuk kepada insan-insan istimewa yang mungkin dimata sesetengah orang merupakan kekurangan namun, untuk sesetengah pihak lain, insan-insan ini merupakan insan yang bertuah dan memerlukan perhatian dan bimbingan yang sewajarnya.

Siapakah insan OKU yang anda kagumi? dan kenapa?
Atlet Powerlifting Malaysia - Siow Lee Chan. Beliau pernah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi pingat gangsa dalam temasya terbesar dunia Sukan Paralimpik Beijing 2008. Menjalani kehidupan yang agak sukar dahulu, namun kita boleh berbangga dengan kejayaan beliau. Walaupun beliau merupakan OKU namun, semangat beliau perlu dijadikan inspirasi. Siow Lee Chan juga merupakan ibu kepada 2 cahaya mata dan kini beliau sudah memiliki sebuah kedai jahit yang dibuka bersama enam orang adik-beradiknya.

Adakah jiwa anda memiliki sifat kesukarelawan?
Bukan untuk mendabik dada tetapi insyaallah saya mempunyai sifat kesukarelawan dalam diri saya. Sifat kesukarelawan ini boleh dipupuk di dalam diri setiap individu. Alhamdulillah saya dibesarkan dan dididik untuk tidak mengharapkan balasan demi sesebuah pekerjaan mahupun kebaikan yang dilakukan.

Magic word untuk diucapkan kepda rakan-rakan OKU?
Amazing! Mereka adalah insan-insan yang sangat menakjubkan.

Ok. Sampai disitu sahaja dahulu kerana masa saya mereka-reka soalan untuk dijawab oleh para hero sekelian, perut saya sedang lapar (betul punya lapar). Tapi lambat juga saya pergi lunch kerana semangat super power meng-interview kakak comey demi menjamin masa depan entry seterusnya di blog ini. Kesimpulannya, anda juga cubalah jawab soalan-soalan di atas ek - kerana apa yang kita fikirkan - it's count - ianya dikira. Prof Izzi Hj A'li berkata "renung-renungkan dan selamat beramal".

p/s Cik Sakura adalah hero pertama yang menjawab soalan ini, lepas ini akan ada hero ke 2, ke 3, ke 4, ke 5, ke 6, ke 7, ke 8... ok....nanti-nanti kita kira. Hero itu mungkin anda.

::: pena iman nur aima~ 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...