Thursday 23 February 2012

My KP Chronicles Part 5: The Golden Generation of KP USM (2)



My Best Moment in KP USM Ever


Sebelum aku memulakan ceritera Chronicles aku ni, aku nak minta maaf kepada sumer peminat2 Chronicles aku ni (x bleh blah :p) dan pembaca setia blog Heroes Of The Hearts sebab lama menyepi dari blog ini. Skang ni susah betul nak cari time nak hantar entry ke blog. Harap korang sumer jangan la marah aku ye. Sori la sesangat. Kepada yang menunggu, penantian anda sudah berakhir…

So ini la ceritera ku…..

***

Selepas perjumpaan dengan VC haritu, next Pit Stop (macam F1 plak)… mana ek…
Hmm… apalah prof.striker ni lupa je keje dia.

Ingat dah… Summit Kelab Penyayang…

Summit KP ini selalunya akan diadakan di ESSET Bangi, dekat dengan Stesen Komuter Bangi dan UKM. Kita orang pergi dengan bas U-Komuter jer sebab bas USM sumer dah kena booking. Dalam perjalanan tu sumer orang macam tak boleh duduk diam-diam. Ada je benda nak dibuat. Sesi berkenalan, game dan sume la yang berakhir dengan keakraban yang tak boleh blah!

on the way

Kita org sampai kat ESSET tu kalau x silap malam kot. Lepas makan… ada sesi taklimat, check in…..  yang best nya kena hias KP USM punyer booth memang meriah la… tp kitaorg wat simple jer sebab first time… Lepas tu cam biasa… tidur……

booth kami kat belakang yang simple itu :)) cube cari mana prof. striker? :p

Keesokkan arinya, ada banyak aktiviti yang dijalankan. Ceramah, indoor dan outdoor activiti dan memacam lagi. Banyak kengkawan kita org kenal. Kebanyakannya sumer sporting giler punyer org.

Pegawai Penyayang:
  1. Mama Leila
  2. Mimi
Just letak a few…

Bebudak UKM:
  1. Elina
  2. Kak Fauziah (G)
Juga letak a few jer...

Pergh……

Korang x terasa ker mukadimah tu panjang giler. Walaupun panjang…. Kepada bebudak KP baru yang belum pergi lagi SUMMIT KP, yang tu la korang perlu tau sebab perkara2 ni la yang akan korang lalui.

Masa kat SUMMIT tu KP USM sangat lantang mengutarakan misi, visi dan target KP USM kepada delegasi KP yang hadir dan membuka mata sumer delegasi tentang kehadiran warga OKU di Institusi Pengajian Tinggi. Well, ia berhasil sebab kalau aku x silap ada delegasi Universiti cuba approach KP USM mengenai pendekatan warga OKU di USM dan cuba untuk digunapakai di Universiti masing-masing. Maka, adalah perbincangan tak formal antara delegasi mengenai OKU dan halatuju KP setiap universiti dan penambahbaikan KP dikongsi oleh delegasi2 yg hadir.

Pada hari terakhir SUMMIT, akan adalah perhimpunan delegasi KP. Salah satu acara wajib adalah acara bacaan ikrar KP oleh ketua KP Universiti yg dilantik. Cer teka Universiti mana yg terpilih… KP USM!!. Sebagai menghargai peranan aktif KP USM dalam SUMMIT KP pada tahun tu, KP USM diminta untuk mengetuai bacaan ikrar. Sebagai Pengerusi KP USM semasa itu, aku diminta untuk mengetuai bacaan ikrar KP. Bukan setakat baca ikrar jer.. aku kena berikan watikah ikrar tu kepada PERDANA MENTERI MALAYSIA ketika itu, TUN ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI.

Nasib baik gua sudah siap gua punya baju batik yg dah sterika awal2 dr USM lagi. Nasib baik la jugak, gua sudah kilatkan kasut kulit gua… kalo x malu gua beb. X bleh tidur gua malam tu (tido x puas), gementar beb.

Keesokan harinya, aku asyik kena usik jer dengan delegasi KP yg lain termasuk dr USM sendiri. Macam2 la diorang tanya…

Baju dah gosok?
Kasut dah kilat?
Hari ni pakai perfume satu botol ker? (sbb aku wangi sangat masa tu)


Macam2 soalan aku kena tanya buat aku lagi nervous… Orang-orang kuat PENYAYANG pun apa kurangnya..

Ai… sampai xlalu makan ke STRIKER?
Berseri2 nampak wajah STRIKER ari ni?

Antara gurauan bagi panas hati gua dan menambah lagi ketensionan dan kenervousan aku..

X kurang juga bagi aku semangat especially MAMA LEILA, "rileks STRIKER, kamu mesti bleh buat punya. U all ni jangan usik STRIKER ni".... Hilang sikit tension aku.

Masa makin hampir, sudah kelihatan bodyguard2 dan polis….
Yang paling best skali aku diminta hadir bersama2 untuk sambut PM. Jumpa la aku dgn  Datuk Seri Panglima Hishammuddin bin Tun Hussein . Masa tu beliau adalah Menteri Pelajaran (KPT x wujud lg time tu). Macam2 la aku dapat sembang dgn Dato’, macam2 isu dibincangkan sementara tunggu PM datang. Dia siap take note lagi mana yg dia rasa penting.

Masa ketibaan PM, pergh bumbung dewan ESSET tu macam nak tercabut aku tgk BERGEGAR…
Adalah dalam seminggu lebih skit kot kalo x silap lepas pilihanraya (yg ke 11 kalo xsilap). Pilihanraya yg Barisan Nasional (BN) menang besar masa tu. So basically sumer macam teruja sangat nak tengok PM kita masa tu (kira aku adalah antara rakyat jelata yg pertama dapat berjumpa PM (Pak Lah) one on one live face to face.

Masa aku baca ikrar tu semangat giler. Lepas tu masa nak berhadapan dengan Pak Lah, masa nak naik pentas jumpa Pak Lah , aku terdiam kaku kat situ, menggeletar beb.Org2 PENYAYANG standby jer kalo apa2 jadi masa tu (sebab diorang tau aku takut, tu la saper suruh takut2kan aku).

Masa kat bawah tu, Pak Lah tunggu jer aku naik, sabar…. Cool jer dier.. bodyguard dia jer nampak gelabah, dewan pun cam senyap jer. Ye la dah aku ni pun diam kaku cam batu kat situ. Aku try nak angkat kaki aku, beranikan diri aku, tak nak plak kaki aku ni bergerak.

Dato’ Hishamuddin senyum jer pastu dia bagitau kat Pak Lah yg aku ni dari tadi tuggu Pak Lah, teruja sangat, gembira sangat takut sangat nak jumpa Pak Lah. Pak Lah senyum jer kat aku. Manis senyuman dia, lembut hati aku sekejap. Pak Lah minta bodyguard dia kebelakang sikit, pastu org2 yg crowded kat atas pentas tu Pak Lah minta diorang beri laluan kat aku. Pastu stage clear skit.


“Kata nak jumpa saya, teruja nak jumpa saya. Tak perlu takut..” kata Pak Lah. Terus jer kaki aku dapat melangkah diiringi tepukan gemuruh dewan (mungkin sebab aku dapat  atasi ketakutan melampau aku tadi kot). Aku berikan watikah ikrar tu, salam dengan Pak Lah dan banyak la flash pastu (bergambar). Aku pun senyum la . Sampai dengar orang macam kata:

‘Tengok budak tu senyum sampai kat telinga. Tadi senyum pun x nak.’

Dapat la aku beberapa minit sembang dengan Pak Lah. Soalan biasa jer la kan, dah namanya pun sekejap. Pastu aku turun pentas dengan perasaan lega.

Sampai sekarang ni aku still ingat peristiwa tu. Kadang2 teringat balik, aku tersenyum dan ketawa kan diri aku sendiri memikirkan betapa takutnya aku masa tu..

Itu la My Best Moment in KP USM Ever. Selama ni aku simpan untuk aku sorang jer, cuma kongsi dgn kawan2 terdekat jer. So kat sini aku nak share the moment dengan ahli2 KP USM dan KP universiti serta pembaca setia blog HEROES OF THE HEART….

tengok muka masing2 pun dah tau perasaan macam mana :))
Aku rasa dah panjang sangat ni, aku kena break citer ni kat sini dulu. Aku kena citer apa yg berlaku selepas itu. Lagi best…

Harap korang jgn memarah (sampi bakar panggung plak)….
Harap korang tunggu juga sambungan seterusnya Chronicles aku ni..
Harap jugak korang dapat cerita gak your own best moment masa korang kat KP USM PEACE…

Aku sambung lagi nanti ……
Panjang sikit bab Golden Generation ni...

Inilah ceritera ku…..

USM la yang mengajar ku OKU….

To Be Continued…..

*prof.striker*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...