Friday 10 February 2012

Insan Hebat by Lady Bird

dua tiga hari lepas... Iman Nur terima sms dari Cik Lady... berbunyi "Salam Iman... artikel Insan Hebat dalam blog akak tu sesuai jugak letak dalam blog hero... tapi Iman editlah sikit"...

Baca punya baca...ok ...artikel ini lulus tanpa sebarang pengubahsuaian pon Cik Lady... nanti, rajin tulis lagi yer... thanks a bunch :)) 

Selamat membaca!

Insan Hebat by Lady Bird

Assalamualaikum ♥ salam sejahtera ♥ salam muhibbah ♥ salam sentosa ♥ hihihihi.. banyak benor salamnyer..

Sebelum tu... lady nak tanya.. ade x sesape yang tidak pernah diuji sebelum ni? Kalau ade angkat tetikus tinggi-tinggi :P..

Seawal pembentukan kita.. kita telah diuji.. ujian berjuang menjadi yang terbaik di kalangan berjuta-juta yang terbaik.. 

Perjuangan sperma berenang untuk mendapatkan sebutir ovum yang sedia menanti.. hanya juara berhak memiliki ovum tersebut.. dan itu perjuangan pertama yang perlu kita lalui sebelum kite berjaya menjadi diri kita sekarang..

Ovum yang menantikan Sperma
Tanpa perjuangan pertama.. mustahil untuk kita menjadi kita sekarang.. hebatnya sebuah perjuangan.. melahirkan insan yang hebat.. 

Dan dengan kejayaan perjuangan pertama.. bukan bermakna kita bebas daripada ujian-ujian seterusnya.. Ujian-ujian lain menyusul, ujian saringan untuk melahirkan insan yang hebat..

Dalam proses pembentukan janin.. terdapat sebahagian daripada kita gagal untuk menjadi manusia sempurna.. dan kegagalan tersebut menyebabkan kita digugurkan daripada rahim ibu.. dan sebahagiannya dilahirkan ke bumi sebagai peringatan dan ujian bagi yang lain.. Untuk mengajar kita erti bersyukur..

Sewaktu kita lahir.. kita diberi ujian lagi.. ujian untuk bernafas menggunakan paru-paru sendiri.. Andai kecundang.. kita bakal menjadi manusia yang kurang upaya.. Hanya lewat beberapa minit otak kita menerima oksigen, kita akan mengalami Celebral Palcy.. iaitu hanya separuh sahaja otak yang boleh digunakan jika dibandingkan dengan manusia normal.. 

Sperma dan Ovum
Dan alhamdulillah, kita berupaya lagi.. ♥ dan bagi yang gagal di peringkat kedua atau ketiga.. anda masih diberi peluang untuk hidup.. dan Allah masih memberi kita peluang untuk menjadi hebat.. malah lebih hebat berbanding dengan manusia yang berjaya di peringkat permulaan andai kita terus bersyukur dan redha dengan pemberian Allah.. 

Syabas kepada semua yang berjaya mengenali dunia.. Allah memberi anda peluang keemasan.. dan ramai yang kecundang sebelumnya..

Bagi yang dilahirkan sempurna.. anda tidak perlu bongkak dengan pemberian Allah. Ingat.. 'kesempurnaan' itu bukan milik kita.. bukan milik anda.. ia hanyalah pinjaman Allah.. dan Dia akan menguji kita dengan 'kesempurnaan' itu.. Dengan ujian-ujian saringan yang lain.. semata-mata untuk melahirkan insan yang benar2 HEBAT..

Setiap individu yang berjaya lahir ke dunia ini.. akan sentiasa diuji.. diuji dengan diri sendiri.. dengan orang sekeliling, dengan persekitaran.. 

Dan hanya insan yang menggunakan segala 'kesempurnaan' dengan betul.. dengan ikhlas, dengan redha, dengan syukur akan berjaya melalui ujian saringan seterusnya.. Insya-Allah..

Setiap orang yang dilahirkan ke dunia ini merupakan khalifah, dan diberi tanggungjawab untuk menjaga orang-orang di bawah kuasanya.. di dalam kawasan lindungannya.. di bawah lingkungan pengaruhnya..

Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)
Masing-masing dilahirkan sebagai manusia yang hebat.. dan kita dianugerahkan kehebatan yang berbeza.. dan tiada seorang pun insan yang diberi kehebatan sempurna..

Kehebatan ini diwarnai dengan pemberian akal fikiran, nafsu, dan dalam waktu yang sama.. kita diberi agama.. sebagai petunjuk untuk kita menjadi manusia yang hebat..

Dengan akal, dengan nafsu.. dengan agama melatih kita untuk belajar memahami insan-insan yang lain..

Dengan ujian mengajar kita erti memahami, erti memberi, erti menerima, erti berkongsi, dan erti untuk menghormati hak-hak individu lain..

Dan dengan ujian mengajar kita erti KASIH SAYANG.. Manusia yang berjaya memilikinya adalah manusia yang sebenar-benar HEBAT..

Tetapi.. orang yang tidak kenal erti syukur, erti redha.. tidak akan berjaya memiliki perasaan halus yang disebutkan tadi.. dan lahirlah manusia yang keras hati.. 

Manusia yang keras hati inilah bukan manusia yang hebat.. manusia inilah yang menghancur lumatkan organisasi masyarakat.. dan manusia inilah manusia yang benar-benar GAGAL andai mereka tidak pernah mahu berubah ke arah kebaikan..

Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)
p/s : Tadi nak tulis dalam keadaan santai dan bersahaja.. tetibe lak jadi serius banget.. sob3x..







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...