My Best Moment in
KP USM Ever
Sebelum aku
memulakan ceritera Chronicles aku ni, aku nak minta maaf kepada sumer peminat2
Chronicles aku ni (x bleh blah :p) dan pembaca setia blog Heroes Of The Hearts
sebab lama menyepi dari blog ini. Skang ni susah betul nak cari time nak hantar
entry ke blog. Harap korang sumer jangan la marah aku ye. Sori la sesangat.
Kepada yang menunggu, penantian anda sudah berakhir…
So ini la
ceritera ku…..
***
Selepas perjumpaan
dengan VC haritu, next Pit Stop (macam F1 plak)… mana ek…
Hmm… apalah
prof.striker ni lupa je keje dia.
Ingat dah… Summit
Kelab Penyayang…
Summit KP ini
selalunya akan diadakan di ESSET Bangi, dekat dengan Stesen Komuter Bangi dan
UKM. Kita orang pergi dengan bas U-Komuter jer sebab bas USM sumer dah kena
booking. Dalam perjalanan tu sumer orang macam tak boleh duduk diam-diam. Ada
je benda nak dibuat. Sesi berkenalan, game dan sume la yang berakhir
dengan keakraban yang tak boleh blah!
![]() |
on the way |
Kita org
sampai kat ESSET tu kalau x silap malam kot. Lepas makan… ada sesi taklimat,
check in….. yang best nya kena hias KP
USM punyer booth memang meriah la… tp kitaorg wat simple jer sebab first time…
Lepas tu cam biasa… tidur……
![]() |
booth kami kat belakang yang simple itu :)) cube cari mana prof. striker? :p |
Keesokkan
arinya, ada banyak aktiviti yang dijalankan. Ceramah, indoor dan outdoor
activiti dan memacam lagi. Banyak kengkawan kita org kenal. Kebanyakannya sumer
sporting giler punyer org.
Pegawai
Penyayang:
- Mama Leila
- Mimi
Just letak a
few…
Bebudak UKM:
- Elina
- Kak Fauziah (G)
Juga letak a
few jer...
Pergh……
Korang
x terasa ker mukadimah tu panjang giler. Walaupun panjang…. Kepada bebudak KP
baru yang belum pergi lagi SUMMIT KP, yang tu la korang perlu tau sebab perkara2
ni la yang akan korang lalui.
Masa kat SUMMIT tu KP USM sangat lantang
mengutarakan misi, visi dan target KP USM kepada delegasi KP yang hadir dan
membuka mata sumer delegasi tentang kehadiran warga OKU di Institusi Pengajian
Tinggi. Well, ia berhasil sebab kalau aku x silap ada delegasi Universiti cuba
approach KP USM mengenai pendekatan warga OKU di USM dan cuba untuk digunapakai di Universiti masing-masing. Maka, adalah
perbincangan tak formal antara delegasi mengenai OKU dan halatuju KP setiap
universiti dan penambahbaikan KP dikongsi oleh delegasi2 yg hadir.
Pada hari
terakhir SUMMIT, akan adalah perhimpunan delegasi KP. Salah satu acara wajib
adalah acara bacaan ikrar KP oleh ketua KP Universiti yg dilantik. Cer teka
Universiti mana yg terpilih… KP USM!!. Sebagai menghargai peranan aktif KP USM
dalam SUMMIT KP pada tahun tu, KP USM diminta untuk mengetuai bacaan ikrar.
Sebagai Pengerusi KP USM semasa itu, aku diminta untuk mengetuai bacaan ikrar
KP. Bukan setakat baca ikrar jer.. aku kena berikan watikah ikrar tu kepada
PERDANA MENTERI MALAYSIA ketika itu, TUN ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI.
Nasib baik
gua sudah siap gua punya baju batik yg dah sterika awal2 dr USM lagi. Nasib
baik la jugak, gua sudah kilatkan kasut kulit gua… kalo x malu gua beb. X bleh
tidur gua malam tu (tido x puas), gementar beb.
Keesokan
harinya, aku asyik kena usik jer dengan delegasi KP yg lain termasuk dr USM
sendiri. Macam2 la diorang tanya…
Baju dah
gosok?
Kasut dah
kilat?
Hari ni pakai
perfume satu botol ker? (sbb aku wangi sangat masa tu)
Macam2
soalan aku kena tanya buat aku lagi nervous… Orang-orang kuat PENYAYANG pun apa
kurangnya..
Ai… sampai xlalu makan ke STRIKER?
Berseri2
nampak wajah STRIKER ari ni?
Antara
gurauan bagi panas hati gua dan menambah lagi ketensionan dan kenervousan aku..
X kurang
juga bagi aku semangat especially MAMA LEILA, "rileks STRIKER, kamu mesti bleh
buat punya. U all ni jangan usik STRIKER ni".... Hilang sikit tension aku.
Masa makin
hampir, sudah kelihatan bodyguard2 dan polis….
Yang paling
best skali aku diminta hadir bersama2 untuk sambut PM. Jumpa la aku dgn
Datuk Seri Panglima Hishammuddin bin Tun Hussein . Masa tu beliau adalah
Menteri Pelajaran (KPT x wujud lg time tu). Macam2 la aku dapat sembang dgn
Dato’, macam2 isu dibincangkan sementara tunggu PM datang. Dia siap take note
lagi mana yg dia rasa penting.
Masa
ketibaan PM, pergh bumbung dewan ESSET tu macam nak tercabut aku tgk BERGEGAR…
Adalah dalam
seminggu lebih skit kot kalo x silap lepas pilihanraya (yg ke 11 kalo xsilap).
Pilihanraya yg Barisan Nasional (BN) menang besar masa tu. So basically sumer
macam teruja sangat nak tengok PM kita masa tu (kira aku adalah antara rakyat
jelata yg pertama dapat berjumpa PM (Pak Lah) one on one live face to face.
Masa aku
baca ikrar tu semangat giler. Lepas tu masa nak berhadapan dengan Pak Lah, masa
nak naik pentas jumpa Pak Lah , aku terdiam kaku kat situ, menggeletar beb.Org2
PENYAYANG standby jer kalo apa2 jadi masa tu (sebab diorang tau aku takut, tu
la saper suruh takut2kan aku).
Masa kat
bawah tu, Pak Lah tunggu jer aku naik, sabar…. Cool jer dier.. bodyguard dia
jer nampak gelabah, dewan pun cam senyap jer. Ye la dah aku ni pun diam kaku
cam batu kat situ. Aku try nak angkat kaki aku, beranikan diri aku, tak nak plak
kaki aku ni bergerak.
Dato’ Hishamuddin senyum jer pastu dia bagitau kat Pak Lah yg aku ni dari tadi tuggu
Pak Lah, teruja sangat, gembira sangat takut sangat nak jumpa Pak Lah. Pak Lah
senyum jer kat aku. Manis senyuman dia, lembut hati aku sekejap. Pak Lah minta
bodyguard dia kebelakang sikit, pastu org2 yg crowded kat atas pentas tu Pak Lah
minta diorang beri laluan kat aku. Pastu stage clear skit.
“Kata nak jumpa saya, teruja nak jumpa saya. Tak perlu takut..” kata Pak Lah. Terus jer kaki aku dapat melangkah diiringi tepukan gemuruh dewan (mungkin sebab aku dapat atasi ketakutan melampau aku tadi kot). Aku berikan watikah ikrar tu, salam dengan Pak Lah dan banyak la flash pastu (bergambar). Aku pun senyum la . Sampai dengar orang macam kata:
‘Tengok budak
tu senyum sampai kat telinga. Tadi senyum pun x nak.’
Dapat la aku
beberapa minit sembang dengan Pak Lah. Soalan biasa jer la kan, dah namanya pun
sekejap. Pastu aku turun pentas dengan perasaan lega.
Sampai sekarang
ni aku still ingat peristiwa tu. Kadang2 teringat balik, aku tersenyum dan
ketawa kan diri aku sendiri memikirkan betapa takutnya aku masa tu..
Itu la My Best Moment in KP USM Ever. Selama
ni aku simpan untuk aku sorang jer, cuma kongsi dgn kawan2 terdekat jer. So kat
sini aku nak share the moment dengan ahli2 KP USM dan KP universiti serta pembaca
setia blog HEROES OF THE HEART….
![]() |
tengok muka masing2 pun dah tau perasaan macam mana :)) |
Aku rasa dah
panjang sangat ni, aku kena break citer ni kat sini dulu. Aku kena citer apa yg
berlaku selepas itu. Lagi best…
Harap korang jgn memarah (sampi bakar panggung plak)….
Harap korang jgn memarah (sampi bakar panggung plak)….
Harap korang
tunggu juga sambungan seterusnya Chronicles aku ni..
Harap jugak korang dapat cerita gak your own best moment masa korang kat KP USM PEACE…
Harap jugak korang dapat cerita gak your own best moment masa korang kat KP USM PEACE…
Aku sambung
lagi nanti ……
Panjang
sikit bab Golden Generation ni...
Inilah
ceritera ku…..
USM la yang
mengajar ku OKU….
To Be
Continued…..
*prof.striker*