Terasa sangat lama aku tinggalkan
Chronicle aku ni sampai aku kena baca balik aper yang aku tulis dulu. Sori la
sebab tetiba jer menyepi...maklumlah Puasa, Raya dan macam2 lagi…ada awek, tunang
dan kawin jer blum (hehehehhe). Sajer jer tu, nak menenangkan diri kejap .
Semacam mana tajuk nya macam tu
jugala ceritanye.
Well semacam mana biasa aku di
panggil meeting kat bilik tutor mana ntah satu malam tu. Pasal apa? x dibgtau,
surat menyurat lagi la xder, tp pegi jugala dah di panggilkan. Lagi pun aku
bosan sebab aku tgh dalam proses nak tukar kursus sebab FO ( Fail and Out ),
leceh gila proses dier. Disitu la aku dari budak Sains jadi budak Soc Science.
Permohonan tukar kursus aku diterima tapi permohonan CDK ( Cuti Dengan
Kebenaran ) aku blum diluluskan lagi.
So pegi punyer pegi, ada la dalam
13 orang dalam tu ( kalo xsilap), rupa2nya ada mesyuarat AGM KP yang ke dua.
Aku pun tertanya2 Kenapa aku kena ader kat sini? Tapi sebab ada Captain Dr Reevany
Bustami ( aku respect giler )... aku stayla atas permintaan Captain.
![]() |
Captain - Dr. Reevany Bustami, currently - Chairman & Convenor, CPTAG (CRS & Philanthropy Transdiciplinary Action Group) |
Selepas Ucapan Mantan Pengerusi KP so AGM pun bermula. Actually AGM ni dikelolakan oleh Kak Jameyah ( KJ )... dia lah moderator.... dia la MC...
![]() |
inilah dia Kak Jameyah Sheriff a.k.a KJ |
So Perlantikan Pengerusi dan Naib
Pengerusi dimula kan...
memang giler sengit... giler kentang.... antara Aku dan Azliza. Aku menang dgn kelebihan Satu ( 1 ) undi
jer. Bayang kan
daripada 11 yang boleh mengundi, aku dapat 5 undi dan Azliza dapat 5 undi gak.
Undi KJ lah yang menentukan, so KJ pilih aku. Disitula peranan pertama aku
sebagai Pengerusi KP yang Ke 2.
![]() |
inilah cik azliza zulaikha... nampak tang mata ngn idung jaaa... :: No 2 - org kuat KP |
Captain cakap kombinasi aku dan
Azliza xpernah berlaku dimana 2 orang OKU dilantik jadi No 1 and No 2 dalam
mana-mana persatuan USM. Macam2 la yang kita orang bincangkan.
Perkara asas adalah dasar-dasar
KP di gubal ( xbleh blah perkataan tu ) yang mana aku rasa masih dipegang
sampai sekarang... hopefully. Lebih kurang macam ni la, matlamat asal KP sebenar
tidak diketepikan tapi di USM akan lebih di titik beratkan kepada golongan OKU.
Proposal kami dihantar kepada
Presiden Penyayang ( Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood ) semasa itu,[ xtau
sama ada kena letak Tun sebab Pak Lah dah dapat Tun.] Selepas diteliti oleh
pegawai2 Penyayang, mereka suka gila in fact diorang sokong gile2 ( thanks to KJ
).
Allahyarhamah Datin Sri Endon Mahmood ~RIP : Former Presiden Yayasan Budi Penyayang |
Selepas sesi dengan ahli baru KP,
next stop adalah perjumpaan dengan VC ( Tan Sri Prof Dzulkiflee Abdul Razak,
semasa artikel ini di tulis Tan Sri dah xjadi VC lagi ) since Tan Sri corcern
about OKU after what happens ( xtau kena bacala part 2 yang meletups tu...:: ni link Part 2 ).
So orang2 kuat KP + Captain
berbincang sakan nak utarakan apa kat VC, setelah dipersetujui KP akan bawa 7
perkara ( kalo xsilap aku) yang dipanggil oleh Captain, 7 tonggak yang menjadi asas pegangan USM dan KP untuk golongan OKU
ni ( salah satu nya adalah Van OKU yang rasanya dah direalisasikan ). Yang best
nya 7 orang gak yang pergi jumpa VC ( Captain, aku, KJ, Azliza dan 2 lagi aku
lupa ). Best dapat jumpa VC kat pejabat dia. Bayangkan naik lift kat Bangunan
Canselori tu tekan no 6 khas untuk pejabat VC, berdebar2 beb xbleh bayang kan.
Tonggak2 yang di utarakan di ulas
oleh KP melalui KJ dan Captain mostly. Bayangkan VC take note setiap apa yang
dia rasa penting, yang mana dia rasa perlu dilakukan segera... dia cakap kat CC dier buat surat kepada
Bahagian yang bertanggungjawab, hantar kat dia dulu untuk sign personally ASAP
dan dia nak tau progress. Perkara2 lain dia take note untuk perbincangan lebih
lanjut.
Lantaran dari meeting tu, banyak
lagi meeting lain dgn PRO, Jabatan Keselamatan, Library, HEP dan banyak lagi
meeting yang aku kena attend since aku free time tu xder benda nak buat. Tapi
bestla dapat jumpa dengan orang2 kuat USM bincang dengan diorang ttg OKU ni in
details walaupun aku bukan OKU sangat pun tapi di kategorikan OKU.
Kelab Penyayang USM |
Barula aku tau banyak benda aku
xtau pasal OKU ni sebab perkara2 ni aku xpernah ambil kisah sangat ( since aku
jalani hidup macam orang normal ).
Anyway thanks to KP personally
sebab bagi aku berada dalam KP ni... doing these OKU things on behalf OKU yang
sedia ada masa tu dan OKU yang mendatang.
Aku sambung lagi nanti ……
Panjang sikit bab Golden
Generation ni
Inilah ceritera ku…..
USM la yang mengajar ku OKU….
To Be Continued…..
prof.striker
No comments:
Post a Comment