Showing posts with label Dia Punya Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Dia Punya Jiwa. Show all posts

Sunday, 13 November 2011

Pengalaman ini, anugerah terindah..


Setapak ku melangkah ke menara gading..
Membawa besama sejuta getar & gusar...

Demi menimba ilmu
Ku tinggalkan kampung halaman ku...

Demi mengutip pengalaman hidup
Aku terbang jauh..ke daerah asing ini..
Utara semenajung Malaysia...

Mungkin inilah takdir buat ku...
Melangkah ke universiti ini..
Dapat bertemu teman baru..yang merupakan sahabat hingga kini..
Mampu memahami erti Orang Kelainan Upaya (OKU)
Berpeluang memupuk kasih sayang..simpati & empati dalam diri ini

Tahukah kamu bagaimana rasanya??
Bila pertama kali ku melihat OKU?
Melihatkan mereka saja..aku merasa pelik & hairan...

Namun..
terpandang akan akak Chin Chin buat pertama kalinya...
buatkan ku hilang suara..habis kata-kata...

ku menangis........
saat pertama kali mendengar kak Chin berusaha menyebut setiap perkataan
hingga menjadi sebaris ayat...
kerana dia OKU pertama yang ku dekati..
sungguh aneh percakapannya..
sukar ku fahami..
tindak tanduknya jua pelik...
ku lihat fizikalnya amat berbeza dari ku..

kak Chin merupakan pesakit Cerebral palsy..
dan bekas pelajar Persatuan Kanak-kanak Cerebral Palsy Pulau Pinang (SCAP)

betapa bertuah diri ku..
mampu melihat dunia dari sudut pandang orang lain...
jika dulu.. ku kurang bersyukur
jika dulu ku rasakan hidup ini sangat bosan dengan rutin yang berulang-ulang...

namun,
mengenali sahabat OKU itu..
membuat ku lebih menjadi manusia
lebih bersyukur atas nikmat yang ada

tahukah kamu??
Sejak kenali sahabat OKU ku..
Aku yang garang.. telah sedaya upaya kuburkan sifat amarah itu
Aku yang kadang petah berkata..lebih banyak berdiam & berfikir
Aku yang tak cukup sabar.. telah bersabar 200% dari kebiasaan ku..
Aku yang individualistik..lebih berusaha menjadi kakak buat sahabat ku
Aku yang sukar senyum.. sering mencuba membuat mereka ketawa & nikmati hidup ini
Aku yang punyai masa 100% buat diri sendiri.. cuba memberi 80% masa & perhatian ku buat mereka

Mereka banyak mempengaruhi hidup ku..
Terima kasih tuhan..Kerana temukan ku dengan mereka
Terima kasih Tuhan.. kerana mengatur jalan hidup ku sebegitu..
Terima kasih Tuhan.. atas tiap saat ku bersama mereka..


< cik WID.. >


Monday, 3 October 2011

No Worries

Meet the man~

Imagine being born without arms. No arms to wrap around a friend ; no hands to hold the ones you love; no fingers to experience touch ; no way to lift or carry things. How much more difficult would life be if you were living without arms and hands? Or what about legs? Imagine if instead of no arms, you had no legs. No ability to dance, walk, run, or even stand. Now put both of those scenarios together… no arms and no legs. What would you do? How would that affect your everyday life?

source: Nick Vujicic


More of his inspiring videos from youtube, just search ok :)

My favourite quotes by Nick Vujicic:

“I never met a bitter person who was thankful. Or a thankful person who was bitter.”
― Nick Vujicic


“We can't, and we should not, compare sufferings. We come together as a family of God, hand in hand. And then together coming and standing upon the promises of God, knowing that no matter who you are, no matter what you're going through, that God knows it, He is with you, He is going to pull you through.”
― Nick Vujicic


“If I fail, I try again, and again, and again. If YOU fail, are you going to try again? The human spirit can handle much worse than we realize. It matters HOW you are going to FINISH. Are you going to finish strong?”
― Nick Vujicic


“It's a lie to think you're not good enough. It's a lie to think you're not worth anything.”
― Nick Vujicic


“Life without limbs? Or life without limits?”
― Nick Vujicic


“Harapan dapat menyingkirkan halangan yang bahkan kelihatannya mustahil digerakkan.”
― Nick VujicicLife Without Limits



Berfikir bahawa kamu adalah orang yang paling malang dan bermasalah di muka bumi ini adalah kesilapan terbesar kamu kerana percayalah bahawa ada insan lain yang lebih bermasalah tetapi menghadapi dunia dengan senyuman. There's a silver lining behind every dark clouds and I believe in that with all of my heart. 

If God brings you to it, He will bring you through it~

*iman nur aima*

Thursday, 11 August 2011

Sambungan - Aku Punya Cerita

Apa yang ada dengan 2003? Tahun inilah aku menjejaki kaki ke menara gading. Walhal tak termimpi-mimpi pun. Dah tersurat. Pencapaian aku pun tidaklah power sangat...sekadar luar biasa jer (hehehe...sengeh....:)

Kenapa aku boleh masuk USM? Mengapa bukan UM ka, UPSI ka, UPM ka, UMS ka. Walhal, USM adalah pilihan aku yang ketiga. Aku isi borang dan aku dapat jurusan Pengurusan. Memang tuhan mahu menemukan aku dengan sesuatu di Bumi Pulau Mutiara itu...

Hujung bulan Mei 2003, kami bertolak ke USM. Datuk, abah, 2 orang pak sedara hantar. Bayangkan, datuk aku pun boleh pi sekali hantar aku. Seronok-seronok. Sebuah kereta je. Inilah kali pertama aku berjalan jauh, melihat negeri orang. Sepanjang aku membesar sebelum masuk USM, hanya melekat di Kelantan je.

Sebelum aku menconteng lebih jauh blog ni, izinkan aku mengisahkan sedikit kategori OKU yang aku bangga-banggakan :)

Aku dikategorikan sebagai OKU Pendengaran

Terdapat 2 jenis kategori iaitu :-

A. PEKAK – Mempunyai ukuran tahap decibles > 55dB yang mana dikategorikan sebagai tidak boleh mendengar langsung. Bentuk komunikasi mereka melalui pertuturan, membaca gerak bibir, menulis serta berbahasa isyarat. Mereka mempunyai budaya sendiri.

B. KURANG PENDENGARAN – berbeza dengan kategori PEKAK, mereka yang mempunyai ukuran decibles < 55dB masih boleh mendengar dengan bantuan alat pendengaran. Namun, mereka tidak mempunyai budaya mereka dan hidup macam golongan normal yang lain. Bentuk komunikasi mereka lebih kepada bertutur dan jarang menggunakan bahasa isyarat malah ada yang tidak tahu bahasa isyarat langsung. Mereka juga berkomunikasi secara menulis dan membaca gerakan bibir.

Terdapat empat (4) tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu:
A - Minumum (Mild) - (15 - <30 dB) (Kanak-kanak) DAN (20 - <30 dB) (Orang Dewasa)
B - Sederhana (Moderate) - (30 - <60 dB)
C - Teruk (Severe) - (60 - <90 dB)
D - Sengat Teruk (Profound) - (>90 dB)

Aku termasuk dalam group B. Syukur kerana masih mampu mendengar berbanding dengan kawan-kawan Pekak aku yang lain, langsung tidak mendengar apa-apa. Alhamdulillah..

Tiba masanya untuk merepek. Aku masuk USM dengan wang saku yang banyak. Hehe.. Aku percaya korang pun begitu. Ya, sesampainya di USM, kami parking kereta kat masjid USM. Wahh.. ramai pelajar! Ini kali pertama masuk Uni. Pasti teruja kan? Lebih-lebih lagi aku ni yang memang tak berharap sangat nak belajar sampai Uni. Kalau ikut plan, lepas STPM nak cari kerja. Borang kemasukkan ke U di hantar dengan harapan yang tak berapa menggunung. Cuma, hidup ini kadang-kadang berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Dah tersurat, terima dengan redhoooo...

Melangkah ke USM keesokannya, kami perlu mendaftarkan diri di DTSP. Dewan inilah yang banyak nolstagia buat kita semua. Tengok-tengok aku ditempatkan di desasiswa Aman Damai. Aman? Damai? Tak juga. Banyak penghuni melalak a.k.a sing out loud dalam bilik air.. eh, aku kan kurang dengar! Bagi aku, memang la Aman Damai sebab tahap pendengaran aku bukan macam yang normal.. Asrama aku Dorm K01/018A. Sepanjang pengajian aku menetap di bilik yang sama sebab bilik tu khas untuk OKU pendengaran – ada penggera kecemasan, lampu merah macam keta bomba. Hahaha... Antara roomate yang setia dengan aku : Abg Aizam, Azhar, Abg Fadhil. Merekalah peneman aku..

Aku nak shortcut cerita. Kalau nak selami lebih lanjut, sila layari entry kat blog aku di :

sambungan….

Kita terus ke point : Bagaimana boleh kenal Kelab Penyayang? Masa di USM, aku yang tak tahu apa-apa ni masuk satu persatuan yang boleh dapat kredit.. Ala... yang perlu di ambil untuk mencukupkan syarat pengijazahan tu. Aku masuk Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM). La... kata nak masuk Silat? Memang senang sangat la yang ni. Prof Stiker pun ada kot. Kak Wani, Khairiah, Khairy dan lain-lain. Majoriti semua ahli kelab penyayang ada dalam RKM ni.. Entah bagaimana aku terjoin sekali kelab Penyayang ni. Lupa dah.. Rasanya ada orang yang “rasuah” aku agar tertarik.. haha.. Presiden time tu of coz Hero kita, Abg Fadhil. Kebanyakkan yang lain aku dah lupa. Lagipun aku hanya status ahli biasa. Xde pergi summit mana-mana, tapi aktiviti sukarelawan dalam USM dan luar USM aku join la.

Bila dah join KP ni, aku kenal ramai member-member yang senasib dengan aku. Malah ada yang lebih teruk. Terbaik ialah anda semua yang menjadi sahabat. Aku ni jenis orang kasar gak - bab2 gurau, berbahasa (keras-keras nadanya *padahal aku xleh dgr pun suara aku masa cakap. Sikit2 je..). Ada gak yang bersabar eh? Mana-mana yang terasa tu, mintak ampun dan maaf :)

Isi utama dalam entry aku ialah: Pengenalan kepada OKU Pendengaran, agar masyarakat dapat membuka mata tentang insan istimewa seperti kita ni (merujuk kepada pelbagai kategori OKU) yang kadang-kadang hasilnya luar biasa berbanding dengan insan normal...percayalah bahawa kitalah HERO. Kepada Hero-hero OKU, tidak lupa juga HERO-HERO Kelab Penyayang USM. Kalian banyak membantu kami dalam sepanjang kehidupan di kampus. Sekalung penghargaan aku ucapkan kepada semua yang terlibat dengan Kelab Penyayang zaman kita dulu.. Sekian, wassalam.. 

P/S - Dekat blogspot personel aku tidak letakkan OKU atau lebih tepat lagi aku menyembunyikan identiti aku sebagai OKU. Mengapa? Malu? Takut orang tahu? TIDAK. Sebab aku tidak merasakan aku OKU itu. Buat apa nak Malu? Awek pun dah ada.. hehe.. (laaaa..dah tak available rupanyaaa...- editor nk mencelah jugak) Dan, aku bukanlah suka orang bersimpati dengan aku. Kita semua sama! Tiada yang sempurna…


Armi Rusli



Wednesday, 10 August 2011

My Story by KJ

"The Star, August 2006 - USM vice chancellor (Tan Sri) Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak said the two best friends told a “good story of race relations. “Special people are not paid enough attention and we don’t see them often enough in mainstream events, but Chin Chin changed all that as I see her everywhere because she is so active…"

KJ & Chin2 (center)

Menjadi pelajar pada usia yang “lewat”, sebenarnya banyak membuka mata saya tentang pentingnya “sijil” melebihi ilmu yang diperolehi. Mungkin atas kekangan ekonomi dan peluang atau takdir, saya hanya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading pada usia yang sudah hampir “senja”, tetapi satu pengalaman yang penuh dengan kenangan manis dan amat berharga.

Saya mungkin agak berbeza dengan pelajar “matang” yang lain, yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi untuk tujuan-tujuan tertentu, contohnya untuk kenaikan pangkat atau mendapat pekerjaan yang lebih baik atau untuk mengisi masa lapang selepas bersara. Bagi saya, kehidupan saya agak berbeza, saya sudah mula berkerjaya sejak usia 19 tahun, dan bermula dari situ saya mula melangkah kehidupan kerjaya saya sejauh yang saya mampu, dan tidak pernah terlintas di fikiran saya akan berada di universiti akhirnya. 

Tujuan saya melanjutkan pelajaran lebih untuk merasa “umpph”, menjadi pelajar universiti yang sering saya dengar dan baca dari rakan-rakan dan kisah2 di media massa.  Pun, bukan semua kisah yang didengar dan dibaca menjadi kenyataan, hanya sebahagiannya, atau lebih tepat bagaimana kita menggunakan peluang yang ada.

Hari pertama menghadiri kuliah dengan jumlah pelajar seramai hampir 600 orang, adalah kejutan bagi saya.  Berada dalam kelompok pelajar yang rata-rata berusia antara 21-23 tahun, membuat saya merasa diri terlalu tua untuk belajar.  Maka pada awalnya, saya telah membuat akujanji pada diri sendiri untuk hanya datang kuliah dan selebihnya, meneruskan kehidupan saya seperti biasa, sebagai seorang “pekerja” dan ibu.  Tetapi hari ketiga, telah mengubah semua akujanji saya kepada diri sendiri, apabila saya diperkenalkan dengan gadis manis bernama Tan Chin Chin, atau lebih mesra dengan panngilan Chin Chin.  Mungkin naluri “ibu” yang ada dalam diri saya, mendorong saya untuk menyahut seruan untuk membantu “chin chin” , walaupun bantuan yang boleh saya berikan tidaklah sehebat mana, hanya sebagai "SUPIR" (lanjutan dari kisah), tetapi telah memberikan pengalaman yang hebat kepada emosi dan persepsi saya sebagai seorang pelajar. 

Bersambung….


KJ



Tuesday, 9 August 2011

Aku Punya Cerita

Aku bukanlah insan luar biasa. Aku hanyalah “Superman” kampung dan bukanlah Superman yang pakai spender kat luar dan yang ada power tu. Boleh terbang, boleh pancarkan cahaya laser guna mata. Boleh lihat menembusi dinding dan boleh skondeng orang mandi. Boleh angkat kereta dengan sebelah tangan. Boleh berlari sepantas kilat. Aku tiada awek secantek Louis Lane. Aku juga bukanlah Batman yang suka keluar malam. Aku bukanlah Spiderman yang suka duk atas dinding. Jauh sekali seperti cicakman yang buat bunyi cicak...cit cit cit tu. Aku hanyalah insan biasa. Insan yang ada tenaga dan semangat “superman” dalam diri. Aku percaya, kau pun ada..

Pagi 15 Jun tahun 83 masihi, sayup-sayup kedengaran suara bayi menanggis di sebuah kampung. Jam dinding usang menunjukkan jam 2.00 pagi. Waktu di kala kebanyakkan manusia dah tidooo di ulit mimpi-mimpi manis seram serabai basah. Kesian bayi itu menanggis kerana kesejukan yang teramat (...ye la.. dah Tuhan nak dia dilahirkan jam 2.00 pagi...) Gembiralah seisi keluarga itu dengan kelahiran anak sulung mereka. Selepas 7 ari 7 malam duk bertapa dengan Pak Imam Tua di kampung tersebut, maka di berilah nama Mohd Armi bin Rusli. Tiada cerita di sebalik nama tersebut. Aku berteka-teki sendiri :-

  • Adakah nama aku di ambil sempena nama “Army” dalam BI dan di ubah keMelayuan sedikit?
  •  Adakah dulu bapa aku minat dengan Permainan Army of Destruction sehingga nobatkan nama seperti itu? Heh! Tahun 80-an mana wujud lagi laaaa era IT!...
  • Dapat dari sumber-sumber kitab melayu lama?

**Ahhh.. lupakan teka-teki tesebut. Jom selami kehidupan beliau yang ala kadar...

Keluargaku pada masa itu serba serbi sederhana. Begitu juga sampai sekarang. Tidak kaya, tidak miskin. Sedang-sedang aje bak kata penyanyi dangdut Iwan. Alhamdulillah. Bapa, seorang pekerja biasa di Kilang Sawit milik Felda. Mama, seorang suri rumah sepenuh masa. Kami masa itu menetap di Felda Kemahang, Tanah Merah, Kelantan. Dan 2003, parent kena bertukar ke Gua Musang, Felda Aring. Sekarang dah bersara dan menetap di Kampung Jerulong, Salor. Keluarga kami mula bertambah. Aku mula dapat adik perempuan tahun 1986, 1990, dan adik lelaki tahun 1993 dan 2004. Kini semua membawa haluan masing-masing, hanya yang bongsu masih darjah 1. Yang perempuan dua-dua dah kawen. Tinggal aku je yang belum (promo2:: mamat ni single, available and hensem...kehkehkeh- ni editor tambah..jng marah naaa). Hukhukhuk.. Xpe2, xde rezeki lagi. Hehe..

Macamana aku jadi HERO?

Aku bukan jadi HERO. Aku sekadar kongsi cerita la weiii... Atas tu sikit sebanyak cerita tentang kehidupan aku. Sikit ja.. Of coz permulaan cerita nak perkenalkan keluarga dulu sebab, mereka orang yang paling penting dalam hidup aku... Terimbas memori silam bila aku pikir ayat untuk taip bait-bait atas tu.. Rindunya kat diorang masa ni...

*Mengelamun seketika..

Erkkkk... aku masih tercari-cari idea nak mula kat mana al-kisah aku ni... hehehe..

So, to be continue......................

*tunggu cerita yang akan datang, aku lompat terus ke cerita masuk USM dan bagaimana dapat kenal dengan HERO-HERO kita semua @ Kelab Penyayang USM!

Sunday, 7 August 2011

My KP Chronicles Part 2 : Mayday, Mayday... Delivering Da Bomb

Selepas aku baca kembali ceritera ku Part 1 tu, mungkin ada macam-macam pertanyaan, misalnya:

Apa signifikannya ceritera ku ini dengan Heroes of The Heart?

atau mungkin ada soalan-soalan yang maybe lebih kejam dari itu atau just maybe aku je yang terasa kot. Bila teringat jika ada soalan-soalan sedemikian, membuatkan aku tersenyum. Semasa aku masuk USM dulu, Kelab Penyayang (KP) belum dilahirkan lagi. Tetapi pelajar yang OKU telah pun menjejakkan kaki ke USM (Abang Muzammil @ Dr Muzammil, lepas tu ada seorang lagi entah siapa la nama dia, lupa pula). Aku ingin memohon ampun jika ada sesiapa yang tidak di include dalam senarai tadi. Pelajar-pelajar OKU sebelum aku ni, - they fight on their own - people realize that they are here (in USM) but most do nothing (no offense to USM). Walaupun ada la sikit perubahan here and there but it’s not enough, tak macam sekarang. Mereka tidak ada KP untuk fight for their need malah suara mereka macam tidak ada untuk orang dengar.

Aku bukan nak jadi hero (jauh sekali). But this is one of the event yang membuka mata pihak USM untuk mendengar rintihan and the needs of OKU students. Inilah ceritera ku…..

Pelajar USM sumer tau akan ada satu malam persembahan untuk pelajar freshies@1st year student dipanggil Malam Variasiswa (kalo tukar gak aku xtau). Welll mesti ader preparation kan… kan ….. nenek kan….. So PPMS Desasiswa Gemilang (masa tu) yang diterajui Zulkifli Che Hussin aka Abe Yoh, Wan Shukor Wan Ee, Abe Korn dan konco2 nye (pergh…jahatnyer term aku, sori kalo xinclude yg lain2) pun buatla kerangka persembahan untuk Malam Variasiswa Desasiswa Gemilang and guess what???? Watak utamanya aku la (hehehehe). Sibuk jer nak interfrem……

Masa preparation tu, pergh… tiap2 malam aku kena dtg dgn kawan2 aku, praktis. Buat apa???? Sebuah Pentomin. Kisah dier tentang rintihan Orang2 OKU ni. Masa practice tu pergh, mmgla kena taji berabis, kena buat camnila,camtula sampai pukul 2 pg baru abis. Tu pun kalo abis. Tapi xper, abg2 dan kakak2 senpai ni blanja kitaorg makan roti canai kat Pusat Racun USM (ala… yang dekat dgn tapak konvo tu, blakang Pusat Pengajian apa ntah, Si Neeza dgn Azliza punyas pusat pengajian kalo xsilap aku).

Masa nak buat persembahan tu, kesian aku tgk kawan2 aku ader yang kena ikat tangan dier, kena lipat dan ikat kaki dier dan macam2 lagi la. Bukan apa nak tunjuk real punyer OKU effect kan. Untuk makluman kawan2 aku ni orang normal, bayangkan la kena ikat kaki, tangan, duduk atas wheel chair, pergh takut gak aku tengok.

The highlight reel (jeng…jeng…jeng….) aku pun melangkah ke pentas Dewan Tunku Syed Putra (DTSP) (kalo tukar nama xtau la) and deliver sajak @ puisi yang di cipta khas untuk aku deklamasikan. Memamng sedih giler, sebelum aku naik pentas tengok kawan2 aku baca sajak diorang aku dah nangis dah, so masa aku baca sajak tu lagila, macam banjir dier turun siap aku marah lagi masa baca puisi tu…

Abe Yoh selalu cakap kat aku masa 1st time aku diminta baca sajak tu, diulang2 percakapan ni sampai tiba masa aku kena betul2 deliver sajak tu ……

Lebih kurang macam ni…..

Abe Yoh: Aper2 pun aku minta maaf kat ko sebab terpaksa buat kamu marah, nangis la aper sumer. Ni sume untuk kebaikan kamu dan maybe untuk orang2 macam tu. Yang penting pentas sudah disediakan untuk kamu, apa yang perlu kamu cakap pun telah diberikan, paktis pun dah. Sumer org sedang tunggu… dan orang2 kuat Universiti pun ada kat sini, So Are You Ready (dgn pelat Kelate nye)…

Aku pun melangkah ke pentas dan deliver the final touch……..

Mayday……. Mayday……. Delivering the Hiroshima Nagasaki Atomic Bomb…….
Fire In The Hole…….. KABOOOM……..

Habis jer aku deliver the sajak aku dibawa keluar dari DTSP oleh Abg Eruwan, habis lunyai aku xbermaya nak berdiri……. Abe Yoh tabik spring giler dengan aku, dia cakap sampai VC (Prof Dato’ Dzulkiflee Abd Razak sekarang Tan Sri) dan isteri, TNC HEP (Dato’ Dr Jamaluddin Mohaidien) dan isteri serta semua yang berada di DTSP masa tu sumer menangis, rebes-rebes ibarat hujan monsun (T_T)…..

Masa pengumuman pemenang Malam Variasiwa, semua dah tau dan dapat agak pemenangnye desasiwa Gemilang, aku pun dibawa masuk balik ke Dewan DTSP, ambil trofi dari VC. Pergh..!!!. macam menang World Cup doowwhh.

Korang nak tengok details persembahan…. Korang pergila kat Pusat Multimedia, minta cari Malam Variasiswa 2003 (kalo diorang simpan lagi), tengok sendiri…..

Kemenangan Desasiswa Gemilang dalam Malam Variasiswa adalah penanda aras pertama  yang diletakkan untuk menjadikan golongan OKU diterima di USM, di mana USM menjadi Universiti Mesra OKU dan macam2 lagi yang mendatang………

Jadi begitula lebih kurang ceritera ku
USM la yang mengajar ku OKU……

To Be Continued...



Sunday, 17 July 2011

Jiwa Hero Ke-Satu: Cik Sakura

Disuatu jumaat yang terang, tiba-tiba, saya mendapat ilham, entah dari mana datangnya. Lalu saya berkata kepada orang meja sebelah “kamu, meh sini sat! dok tengok cite korea je kejenye!... meh nak kasi keje... nahh amik... jawab soklan nieh!”

Pergh... garang sangat saya... sangat tak sesuai. Nak minta tolong orang kene la baik-baik. Reverse and let’s do it again :) Lalu saya kata “Cik Sakura yang comel (memang dia comel pon), nak minta kamu tolong jawab 4 soalan, boleh ek?” (sambil muka tersenyum-senyum berseri).

Cik Sakura pun dengan suka rela hati tanpa paksa meng-pause cerita korea yang ditonton, lantas membuka Microsoft Office Word, soalan ditenung dan keadaan menjadi hening seketika, yang ada cuma bunyi papan kekunci yang di tekan-tekan.

Cik Sakura, 23 tahun (nama glamer) menjawab dengan sepenuh hati, berikut ialah jawapan beliau:

Apa yang anda faham tentang terma OKU?
OKU adalah singkatan kepada Orang Kelainan Upaya ataupun Orang Kurang Upaya. OKU merujuk kepada insan-insan istimewa yang mungkin dimata sesetengah orang merupakan kekurangan namun, untuk sesetengah pihak lain, insan-insan ini merupakan insan yang bertuah dan memerlukan perhatian dan bimbingan yang sewajarnya.

Siapakah insan OKU yang anda kagumi? dan kenapa?
Atlet Powerlifting Malaysia - Siow Lee Chan. Beliau pernah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi pingat gangsa dalam temasya terbesar dunia Sukan Paralimpik Beijing 2008. Menjalani kehidupan yang agak sukar dahulu, namun kita boleh berbangga dengan kejayaan beliau. Walaupun beliau merupakan OKU namun, semangat beliau perlu dijadikan inspirasi. Siow Lee Chan juga merupakan ibu kepada 2 cahaya mata dan kini beliau sudah memiliki sebuah kedai jahit yang dibuka bersama enam orang adik-beradiknya.

Adakah jiwa anda memiliki sifat kesukarelawan?
Bukan untuk mendabik dada tetapi insyaallah saya mempunyai sifat kesukarelawan dalam diri saya. Sifat kesukarelawan ini boleh dipupuk di dalam diri setiap individu. Alhamdulillah saya dibesarkan dan dididik untuk tidak mengharapkan balasan demi sesebuah pekerjaan mahupun kebaikan yang dilakukan.

Magic word untuk diucapkan kepda rakan-rakan OKU?
Amazing! Mereka adalah insan-insan yang sangat menakjubkan.

Ok. Sampai disitu sahaja dahulu kerana masa saya mereka-reka soalan untuk dijawab oleh para hero sekelian, perut saya sedang lapar (betul punya lapar). Tapi lambat juga saya pergi lunch kerana semangat super power meng-interview kakak comey demi menjamin masa depan entry seterusnya di blog ini. Kesimpulannya, anda juga cubalah jawab soalan-soalan di atas ek - kerana apa yang kita fikirkan - it's count - ianya dikira. Prof Izzi Hj A'li berkata "renung-renungkan dan selamat beramal".

p/s Cik Sakura adalah hero pertama yang menjawab soalan ini, lepas ini akan ada hero ke 2, ke 3, ke 4, ke 5, ke 6, ke 7, ke 8... ok....nanti-nanti kita kira. Hero itu mungkin anda.

::: pena iman nur aima~ 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...